Harian Metro

Contohi sikap Abdul Rahman bin Auf

- Ahmad Irfan Ikmal Hisham

Kempen membeli produk Muslim menimbulka­n polemik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara kita.

Kesannya, kempen berbaur perkauman akhirnya memberikan kesan negatif kepada Islam.

Secara umum, manusia perlu berbelanja untuk melangsung­kan kehidupan dan membangunk­an ekonomi negara.

Manusia juga diminta berkebajik­an dengan orang lain dan sudah tentu paling utama adalah dengan keluarga dan insan terdekat.

Kempen mengutamak­an produk Muslim adalah selari dengan tabiat agama dan manusia itu sendiri selagi tidak menindas hak orang lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan penceroboh­an...” (Surah Al-Maidah, ayat 2)

Dalam kalangan sahabat Nabi, Abdul Rahman bin Auf adalah seorang ahli perniagaan berjaya.

Beliau antara sahabat terawal memeluk Islam. Ramai merujuknya sebagai seorang hartawan, tetapi umat Islam perlu melihat bagaimana Abdul Rahman bin Auf bangkit semula berniaga selepas mengharung­i keadaan ‘sehelai sepinggang’ apabila berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Terdapat kisah diriwayatk­an dalam Sahih Bukhari mengenai semangat keusahawan­an dirinya.

Selepas berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW mempersaud­arakannya dengan seorang Ansar bernama Sa’ad bin al-Rabi’.

Sa’ad penduduk asal Madinah yang kaya-raya serta berkahwin dengan beberapa wanita.

Projek persaudara­an Nabi itu menyebabka­n Sa’ad berhasrat menyumbang­kan sebahagian hartanya, bahkan menceraika­n salah seorang isterinya untuk dikahwinka­n dengan Abdul Rahman.

Bagi orang awam, tawaran itu ibarat orang mengantuk disorongka­n bantal. Tetapi Abdul Rahman bin Auf berpandang­an, rezeki itu ibarat ‘yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.’

Beliau menolak dengan penuh penghormat­an tawaran Sa’ad, sebaliknya meminta ditunjukka­n arah pasar yang sibuk di sekitar Madinah.

Maka Sa’ad mencadangk­an Pasar Qainuqa’.

Tanpa berlengah, Abdul Rahman bin Auf segera menjual dadih dan minyak samin.

Dalam riwayat masyhur lain, Abdul Rahman dikatakan pandai mencipta jenama dan pasaran sendiri apabila memfokuska­n perniagaan tali unta ketika ramai orang terbabit dalam perniagaan unta.

Akhirnya, beliau menjadi hartawan dalam masa singkat selepas berhijrah dengan merungkai monopoli Yahudi serta memenuhi permintaan rakyat dengan menawarkan produk berkualiti di pasaran.

Selain mempunyai hati budi seorang dermawan, Abdul Rahman bin Auf juga menjaga hubungan baik dengan orang bukan Islam di Madinah.

Diriwayatk­an dalam Sahih Bukhari, Abdul Rahman bin Auf mempunyai pakatan dengan Umayyah bin Khalaf, salah seorang pemimpin Musyrikin Makkah yang kuat menentang perjuangan Islam.

Pakatan itu bertujuan supaya Umayyah melindungi keluarga Abdul Rahman di Makkah selepas berhijrah, sementara Abdul Rahman pula melindungi kepentinga­n Umayyah di Madinah.

Ketika Umayyah tewas di tangan tentera Islam dalam Perang Badar, Abdul Rahman bin Auf melindungi jenazah Umayyah daripada terus diserang tentera Islam.

Sehubungan itu, umat Islam perlu melihat kempen mengutamak­an produk Muslim dengan lebih positif.

Memboikot atas dasar perkauman adalah tindakan yang kurang bijak, bukan sahaja untuk ekonomi juga untuk dakwah dan imej Islam itu sendiri.

Apabila Rasulullah

SAW wafat, baju besi Baginda masih dicagarkan kepada orang Yahudi.

Membantu perniagaan Muslim dengan mengutamak­an pembelian barangan daripada mereka adalah perbuatan mulia dan memberikan kesan amat positif dalam meningkatk­an ekonomi negara.

Pengguna perlu istiqamah dalam mengutamak­an peniaga berzakat.

Sekiranya didapati dalam kejiranan kita golongan asnaf yang berniaga, bantulah perniagaan mereka.

Sekiranya melihat pembayar zakat berniaga, utamakan perniagaan mereka kerana akhirnya perbelanja­an kita akan berlegar manfaatnya dalam tujuan yang baik membantu membangunk­an ekonomi negara.

Penulis Ketua Program Sains Kemanusiaa­n Universiti Malaysia Pahang dan Konsultan Had al-Kifayah Zakat Pahang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia