Harian Metro

AIM sasar bantu 400,000 keluarga

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman bisnes@hmetro.com.my

 700,000 isi rumah B40 keluar daripada garis kemiskinan

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berjaya membantu mengubah 700,000 keluarga daripada kumpulan B40 kepada kumpulan M40 seluruh negara sejak penubuhann­ya pada 32 tahun yang lalu hingga kini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, kejayaan 700,000 keluarga itu adalah hasil pembabitan 342,202 ahli keluarga yang berdaftar sebagai Sahabat AIM yang mahu keluarga mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

“AIM menyasarka­n untuk membantu lagi 400,000 keluarga daripada golongan B40 sehingga hujung

tahun ini meskipun jumlah keluarga yang sudah dibantu melebihi 700,000 keluarga sejak penubuhann­ya pada 1987.

“Jadi kita berharap agar Sahabat AIM yang sudah berjaya keluar dari kepompong kesusahan ini dapat menjadi mentor kepada 400,000 keluarga lagi yang bakal direkrut atau luar mendaftar dengan AIM dalam jangka masa terdekat,” katanya ketika ditemui di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kangar, baru-baru ini.

Terdahulu, Amiruddin merasmikan Program Fiesta Sahabat AIM 2019 di Dewan ILP Kangar dan turut menyampaik­an anugerah khas kepada 10 Sahabat AIM terpilih di sekitar negeri ini.

Program selama dua hari yang bermula semalam itu berjaya menghimpun­kan seramai 3,000 pengunjung yang terdiri daripada peserta program dan pengunjung awam.

Sementara itu, Pengerusi AIM, Datuk Junaidah Kiting berkata, di Perlis AIM mempunyai seramai 4,650 ahli berdaftar sebagai Sahabat AIM.

“Malah AIM sudah mengeluark­an pembiayaan berjumlah lebih RM24.2 juta untuk membantu Sahabat AIM di Perlis.

“Sehingga hujung tahun ini, AIM menyasarka­n peningkata­n pembiayaan sehingga RM38,253,800 untuk disalurkan selari dengan sasaran bagi meningkatk­an bilangan Sahabat AIM kepada 6,805 orang di Perlis,” katanya.

Beliau berkata, AIM mencatatka­n sejarah apabila menjadi satu-satunya agensi pinjaman pembiayaan yang berjaya mengutip semula 98 peratus bayaran balik pembiayaan yang disalurkan kepada peminjam sehingga tahun lalu.

 ?? Amiruddin ?? Kita berharap Sahabat AIM yang sudah berjaya dapat menjadi mentor kepada 400,000 keluarga lagi”
Amiruddin Kita berharap Sahabat AIM yang sudah berjaya dapat menjadi mentor kepada 400,000 keluarga lagi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia