Harian Metro

Dari pelawak ke hero romantis

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Telemovie Kerusi Kecil bukan saja mengangkat jalan cerita yang dekat dengan masyarakat, malah turut memaparkan keindahan pulau dan tarikan tempat menarik di Terengganu.

Cerita genre romantis arahan pengarah terkenal Ghaz Abu Bakar itu juga menampilka­n pelakon dan pelawak popular Zizan Razak selaku teraju utamanya.

Selaku pengarah, Ghaz berkata, dia menerima tawaran untuk mengarahka­n telemovie itu kerana tertarik dengan naskhahnya.

“Sebaik saja membaca skrip telemovie ini, saya sudah tahu Zizan pelakon yang tepat untuk melakonkan watak utamanya.

“Mungkin peminat sudah sinonim dengan lakonan Zizan dalam filem Polis Evo, tetapi saya tampilkan sisi berbezanya dari aspek kemanusiaa­n dalam telemovie ini.

“Berjaya atau tidak peminat melihat sisi lain Zizan dalam telemovie ini, ia bergantung pada hasil lakonannya nanti,” katanya.

Ghaz ditemui pada majlis pelancaran syarikat Adtisha Production­s dan penerbitan Telemovie Kerusi Kecil yang berlangsun­g di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Penerbit Adtisha Production­s, Mohd Ady Hafize Hanaffiah dan isterinya, pelakon Tisha Shamsir serta penulis skrip, Siti Jasmina Ibrahim.

Mengenai pemilihan pelakon Bella Astillah, kata Ghaz, dia juga menyerahka­n kepada Zizan bagi memilih watak heroin untuk berganding dengannya dalam telemovie itu.

“Zizan ada mencadangk­an beberapa nama pelakon wanita dan akhirnya kami sepakat memilih Bella untuk watak heroin selepas perbincang­an bersama penerbit, Adtisha Production­s.

“Kami percaya, walaupun masih baru, pemilihan Bella tepat untuk watak heroin dalam telemovie ini,” katanya.

Mengulas pemilihan lokasi pula, kata Ghaz, ia dipilih kerana tarikan pulau yang ada di Terengganu dan sesuai dengan jalan ceritanya.

“Penerbit Telemovie ini, Mohd Ady dan Zizan sendiri memang berasal dari Terengganu dan ia memudahkan kerja penggambar­an yang akan berlangsun­g minggu ini.

“Apa yang penting, walaupun judul telemovie ini simbolik, ceritanya juga memaparkan semangat setia kawan dalam persahabat­an serta perpaduan membabitka­n perbezaan kaum dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Telemovie

Kerusi Kecil menampilka­n barisan pelakon seperti

Wan Hanafi Su, Tisha

Shamsir, Bell

Ngasri, Raykarl Iskandar, Qistina

Raisah, Nik

Adam Mika,

Asri Ismail,

Alvin Wong dan Jessy Lim.

Penggambar­an telemovie itu membabitka­n lokasi menarik sekitar Pulau Perhentian dan Kuala

Terengganu bakal disiarkan di RTM.

Ia menceritak­an mengenai seorang lelaki yang kreatif dalam mengejar impian dalam dunia perniagaan perabot.

Telemovie Kerusi Kecil tampil sisi berbeza Zizan Razak

 ?? FOTO ?? ZIZAN bersama penerbit dan barisan pelakon telemovie Kerusi Kecil. GHAZ selaku pengarah.
FOTO ZIZAN bersama penerbit dan barisan pelakon telemovie Kerusi Kecil. GHAZ selaku pengarah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia