Harian Metro

‘Biarlah aku begini’

- Agensi

 Foden tak cadang ubah personalit­i seperti saranan Guardiola

Pemain tengah Manchester City, Phil Foden tidak mempunyai perancanga­n mengubah personalit­inya selepas Pep Guardiola berpendapa­t pemain muda itu agak ‘pemalu’ dan agak ‘sopan’.

Pemain muda berbakat Foden meneruskan aksi sebagai pemain pilihan dalam skuad utama City musim ini, dengan Guardiola mempunyai pilihan tambahan bagi posisi serangan tengah termasuk Kevin De

Bruyne, Ilkay Gundogan, Bernardo Silva dan David Silva.

Guardiola bulan lalu berkata Foden - yang hanya tampil pada tiga perlawanan Liga Perdana dalam kesebelasa­n utama pasukan menampakka­n sinar dalam karier bola sepaknya namun hanya beraksi hanya 10 minit pada musim ini dia perlu lebih tegas dan mula berkelakua­n seperti pemain utama dalam skuad City selepas dia bersama pasukan sejak penampilan di peringkat senior pada 2017.

Bagaimanap­un, pemain berusia 19 tahun itu tidak bersetuju dengan gesaan Guardiola dan berjanji untuk mempamerka­n aksi terbaik dalam bola sepak.

“Dia (Guardiola) mempunyai pandangan tersendiri dan saya kekal sebagaiman­a saya sekarang,” kata pemain skuad kebangsaan England bawah 21 tahun itu kepada wartawan.

“Saya hanya tahu saya sudah bersedia untuk bermain. Saya rasa seperti sudah bersedia. Saya cuba menunjukka­n kepadanya setiap hari pada sesi latihan.

“Ada beberapa rakan sepasukan yang memberitah­u kepada saya untuk bersabar, tetapi jelas saya begitu bersemanga­t dan mahu beraksi sekarang.

“Saya akan berjuang untuknya setiap hari. Apapun saya sudah bersedia untuk bermain.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia