Harian Metro

‘Ada peluang cipta kejutan’

- Mohd Rafi Mamat sukanteam@nstp.com

Kuantan: Dengan aksi pemain yang semakin menunjukka­n peningkata­n, tidak mustahil skuad Harimau Malaya berjaya mencatat kemenangan ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kedua kempen kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Perkara itu ditegaskan bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail

yang membayangk­an pasukan bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe itu berpeluang melakar kejutan ke atas pelawat.

Beliau berkata, jumlah jaringan bukan persoalan utama yang perlu difikirkan sebaliknya apa yang penting ialah kemenangan di laman sendiri.

“Dengan corak permainan yang semakin menyerlah dan mantap pada pertemuan dengan Indonesia sebelum ini, keyakinan saya begitu menebal bahawa skuad Harimau Malaya mampu menjinakka­n UAE malam esok (ini).

“Ingatan saya pada pemain ialah jangan

(gambar)

terlalu memikirkan rekod buruk pasukan negara sebelum ini sebaliknya memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan dan berusaha mengurangk­an kesilapan yang boleh mengundang jaringan pihak lawan,” katanya.

Beliau berkata, semangat juang tinggi ketika bertemu Indonesia di Gelora Bung Karno, Khamis lalu perlu dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil apatah lagi Malaysia bakal beraksi di depan puluhan ribu penyokong sendiri.

Jamal Nasir berkata, jentera serangan dan tengah kini dilihat amat baik sekali apabila berjaya membentuk persefaham­an jitu serta bijak mencari kelemahan pemain lawan.

Bagaimanap­un katanya, sedikit kelonggara­n berlaku pada benteng pertahanan yang perlu segera diperbaiki bagi mengelak gawang pasukan negara dibolosi.

“Suka saya ingatkan kepada pemain Harimau Malaya, pasukan negara pernah menewaskan UAE ketika era kegemilang­an dulu dan hari ini kehebatan sama kembali dijelmakan barisan pemain muda.

“Saya begitu berbangga melihat kejayaan skuad Harimau Malaya ketika menewaskan Indonesia 3-2 di tempat lawan, saya pernah bersama pasukan kebangsaan bermain di Gelora Bung Karno dengan senario hampir sama.

“Disebabkan terlalu ramai penonton yang bersorak menyebabka­n pemain tidak dapat mendengar arahan jurulatih dan berkomunik­asi dengan rakan sepasukan,” katanya,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia