Harian Metro

Kata sedia terima kehadiran pelancong

-

Kota Kinabalu: Pusat Pelanconga­n Kadamaian (Kata) siap sedia menerima kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, tahun depan.

Presiden Kata, Walter Kandayon berkata, persiapan sudah dilakukan sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan semua aspek terutama tempat penginapan mencukupi selain aspek kebersihan tempat dan keselamata­n menjadi tumpuan utama.

Beliau berkata, Kata juga baru-baru ini ada menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD) yang diadakan di Kompleks Sukan Likas, untuk mempromosi­kan lagi produk pelanconga­n di kawasan Kadamaian.

“Ini antara persiapan yang sudah kami atur bagi mempromosi­kan kawasan pelanconga­n di Kadamaian, bukan saja kepada pelancong dalam negara malah juga luar negara.

“Kami juga menekankan faktor kebersihan dan keselamata­n pelancong kepada pengusaha pelanconga­n di kawasan ini selain beberapa pakej pelanconga­n sudah mula diedar. Setakat ini memang ada tempahan diterima untuk tahun depan.

“Kami juga ada jawatankua­sa untuk mengurus tempahan daripada pelancong yang datang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mengulas lanjut, Walter berkata, setakat ini 60 pengusaha pelanconga­n berdaftar dengan Kata dan kira-kira 50 daripada lebih 70 kampung di Kadamaian sudah ada pusat pelanconga­n.

“Sungai adalah produk di Kadamaian yang mendapat tarikan malah ramai (pelancong) mengakui sungai di Kadamaian antara yang tercantik di Sabah. Disebabkan itu pelanconga­n berasaskan sungai adalah produk utama di kawasan ini.

“Walaupun sungai ada di tempat lain setakat ini sungai di Kadamaian paling menonjol dan cantik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia