Harian Metro

Penjara enggan keluar kenyataan

-

Jabatan Penjara enggan memberi sebarang kenyataan berhubung rakaman video tular sejak kelmarin memaparkan seorang banduan lelaki yang mendakwa tidak bersalah menunggu hukuman gantung.

Ia berikutan usaha Harian Metro mendapatka­n kenyataan daripada Pengarah Penjara Kelantan, Timbalan Komisioner Penjara Hamzani Che Ibrahim tidak berhasil.

Sumber penjara Pengkalan Chepa berkata, mereka diarahkan ibu pejabat tidak memberi sebarang kenyataan termasuk daripada pengarah kerana perkara itu dalam siasatan.

Dalam rakaman berdurasi empat minit 24 saat, lelaki berusia 37 tahun itu memaklumka­n dia dipenjara sejak berusia 19 tahun kerana didakwa membunuh.

Katanya, dia membuat video itu kerana mahu rakyat Malaysia membantuny­a dan mendakwa tidak bersalah serta tidak membunuh seperti yang didakwa.

“Saya tunggu nak jalani hukuman gantung. Sekarang empat orang termasuk saya tunggu hukuman gantung yang tak tahu bila akan dijalankan.

“Sekarang saya dapat satu peluang ini sahaja (rakam video) kerana saya cakap sebelum ini tidak laku. Masa kena tangkap umur 19 tahun iaitu pada 2002 dan sekarang umur saya 37 tahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia