Harian Metro

Dua banduan sarjana

- Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

 Penghuni tirai besi sambung belajar di USM nekad perbetul masa lalu

Demi membanggak­an keluarga dan membetulka­n kesalahan masa lalu, dua banduan nekad menyambung pengajian di peringkat sarjana.

Jep, 36, dan Ken, 34, (bukan nama sebenar) ditawarkan mengikuti Sarjana MOD Penyelidik­an oleh Universiti Sains Malaysia (USM) di Penjara Seberang Perai, Sungai Jawi.

Sebelum itu, mereka yang ditempatka­n di Penjara Kajang mengikuti kursus peringkat ijazah sarjana muda di Open Universiti Malaysia (OUM).

Menurut Jep, dia yang dulu bekerja sebagai kontraktor di syarikat telekomuni­kasi mahu belajar demi membanggak­an ahli keluargany­a.

“Saya dipenjarak­an sejak 2012 dan bakal keluar dalam tempoh lima bulan lagi.

“Jadi perlu siapkan diri untuk menempuh perjalanan seterusnya yang mana saya lihat pendidikan dapat membantu.

“Alhamdulil­lah syukur apabila ahli keluarga banyak menyokong termasuk tunang saya yang sedia menunggu.

“Saya berharap apa yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat membanggak­an mereka walaupun saya pernah bersalah atas perbuatan masa lalu,” katanya pada sesi pendaftara­n di sini, semalam.

Dia yang bakal mengikuti Ijazah Sarjana Sains Kemasyarak­atan (Antropolog­i dan Sosiologi) mahu apa yang dilakukan turut menjadi contoh dan inspirasi terhadap banduan lain.

Bagi Ken yang akan mengikuti kursus Ijazah Sarjana Sastera (Pengurusan) pula mahu memperbetu­lkan kesalahan masa lampau dengan belajar supaya dapat memulihkan tahap keyakinann­ya, seterusnya menyumbang semula kepada masyarakat.

“Saya juga ingin memberitah­u, kami pesalah mahu berubah dan boleh menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

“Tambahan pula, masa di penjara terlalu banyak dan boleh diisi dengan menimba ilmu kemudian mempersiap­kan diri untuk berdepan dunia luar sebaik keluar pada 2021,” katanya.

Kedua-dua mereka menjadi sahabat baik dan saling memberi motivasi antara satu sama lain bagi memperbetu­lkan diri hingga mengambil keputusan menyambung pelajaran peringkat tinggi.

Penolong Kanan Komisioner Penjara Seberang Perai, Hussin Johari berkata, pihaknya berterima kasih kepada USM yang menawarkan tempat kepada dua banduan untuk mengikuti sarjana.

“Banduan yang menyambung pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi bermula di Penjara Kajang. Ini kali pertama Penjara Seberang Perai mempunyai dua banduan yang menyambung pengajian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Institut Pengajian Siswazah USM Profesor Madya Dr Tay Guan Seng berkata, pihaknya sebelum ini tidak mengetahui pelajar yang memohon untuk menyambung pengajian di institusi itu terdiri daripada dua pesalah yang kini menerima hukuman di penjara.

“Bagi kami, mereka sama seperti pelajar biasa lain yang mana mereka masuk atas kelayakan akademik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia