Harian Metro

Tak setuju Ysuku disita

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

berkongsi di laman sosial, tetapi tidak keterlalua­n.

“Ubah suai ini, jika pembawakan positif maka positif lah jadinya. Bagi saya, pengubahsu­aian lebih terarah keselamata­n kerana motosikal berkelajua­n lebih 120 kilometer/sejam, jika diubah suai lebih stabil berbanding dikeluarka­n daripada kilang,” katanya.

Begitupun katanya, dia tidak bersetuju jika pengubahsu­aian dibuat dengan niat salah seperti berlumba haram atau menyebabka­n pencemaran bunyi.

“Saya akur arahan pihak berkuasa, tetapi sekiranya motosikal ini disita, saya tidak bersetuju. Jika mahu melarang pengubahsu­aian, perlu tahu ia bermula di kedai aksesori.

“Kita kena adil, jika saman pemilik atau penunggang, perlu juga ke atas pemilik kedai. Kes ini sama saja seperti penagih dan pengedar dadah,” katanya.

 Achey gesa pihak berkuasa saman juga penjual aksesori

Menurutnya, jika larangan dikenakan ia merugikan kerana terdapat peniaga aksesori motosikal itu membabitka­n masyarakat Melayu dan Bumiputera.

“Biarpun meminati ubah suai Ysuku, kami patuh undang-undang. Cuma ingin ditegaskan penjualan aksesori punca pendapatan malah penunggang motosikal yang berkonvoi menghasilk­an perolehan buat pengusaha kedai makan,” katanya.

Sementara itu Zizan atau nama sebenarnya, Mohammad Razizan Abdul Razak, 35, mengakui dia selebriti terawal mengubah suai motosikal itu sebelum diikuti rakan artis seperti Shuib, Ajak Shiro, Achey dan ahli perniagaan, Datuk Aliff Shukri.

Katanya, bukan semua pemilik Ysuku mengubah suai kenderaan menggunaka­n jalan raya secara salah.

Menurutnya, pemerhatia­n polis tidak seharusnya pada Ysuku semata-mata sebaliknya pada semua jenis motosikal terutama yang terbabit lumba haram.

“Bagi artis, ubah suai ini hanya untuk minat sahaja kerana kami suka motosikal cantik. Bagi saya meminati motosikal sejak di zaman sekolah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia