Harian Metro

DJ Lin bukan mata duitan

-

Kuala Lumpur: “Lelaki yang mahu mendekati saya harus memiliki kewangan kukuh,” kata penyampai radio popular Roslinda Abdul Majid, 44, atau DJ Lin apabila ditanya mengenai jodoh dan teman hidup.

Kata penyampai radio Suria FM itu, dia bukanlah mata duitan, tetapi sedar dalam situasi sekarang kewangan sangat penting bagi memastikan kehidupan pada masa depan terjamin.

“Jujur duit memang penting, apatah lagi ibu tunggal seperti saya yang mempunyai ramai tanggungan. Saya bukan bujang dan hanya perlu fikir mengenai diri sendiri saja. Saya ada anak bujang kini menuntut di universiti dan perbelanja­annya tinggi.

“Dalam waktu sama saya juga menanggung perubatan ibu yang kini menghidap penyakit buah pinggang tidak berfungsi.

“Setiap minggu dua atau tiga kali ibu harus menjalani rawatan dialisis dan paling kurang belanja untuk perubatan tidak kurang RM4,000,” katanya. Disebabkan itu juga kata DJ Lin yang turut bertugas sebagai Pengurus Kanan merangkap Ketua Stesen Radio Suria FM, dia harus bekerja keras bagi memastikan kewangan stabil dan segala keperluan ahli keluargany­a dapat dipenuhi.

“Macam mana lelaki mahu mendekati sedangkan saya tidak ada kehidupan lain selain daripada kerja. Bayangkan rutin harian saya sama ada cuti atau tidak, dihabiskan di pejabat,” katanya. ika mahu menyaman pemilik motosikal, saman juga penjual aksesori. Sama seperti kes dadah, tindakan bukan saja pada penagih, tetapi pengedar,” kata pelawak, Achey Bocey, 33, antara selebriti yang gemar mengubah suai motosikal Y15ZR atau Ysuku.

Achey memberi pandangann­ya sebaik kenderaan terbabit diperhatik­an polis berikutan beliau gemar mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikas­i Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah mengakui dia gemar mengubah suai motosikal dengan

 ??  ?? DJ Lin
DJ Lin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia