Harian Metro

Peniaga curi kasut didenda RM2,000

-

Melaka: Seorang peniaga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, semalam atas tuduhan mencuri kasut berjenama, dua tahun lalu.

Majistret Teoh Shu Yee menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Shariff, 33, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri lima pasang kasut berjenama milik seorang lelaki yang keseluruha­nnya berjumlah RM500.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah pangsa di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini, jam 2.08 pagi pada 12 Oktober 2017.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan yang dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal memohon kepada mahkamah agar hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia