Harian Metro

MAIWP bayar sewa

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) akan membantu meringanka­n beban kewangan keluarga Muhd Ilham Roslan, 42, menerusi bantuan pembiayaan deposit dan sewa bulanan rumah sewa yang diduduki.

Ketua Unit Komunikasi Korporat MAIWP, Wan Ahmad Fadhli Shah Wan Md Zain berkata, semua bantuan itu adalah daripada zakat Baitulmal MAIWP.

“Sebelum ini, Baitulmal MAIWP ada menawarkan Rumah Transit Baitulmal di Taman Pelangi, Sentul kepada keluarga Muhd Ilham namun disebabkan beberapa faktor, mereka keberatan untuk ditempatka­n di sana.

“Justeru, Baitulmal MAIWP mengesyork­an supaya Muhd Ilham mengenal pasti rumah sewa yang bersesuaia­n dan bantuan deposit serta sewa bulanan akan dibayar menerusi bantuan zakat Baitulmal

“Apapun, di pihak MAIWP, kami sentiasa bersedia bagi menempatka­n keluarga berkenaan di rumah transit Baitulmal jika mereka bersetuju sementara

mendapat rumah yang bersesuaia­n,” katanya, semalam.

Wan Ahmad Fadhli Shah mengulas laporan Harian Metro semalam, mengenai kisah menyayat hati keluarga Muhd Ilham Roslan yang terpaksa berteduh di tempat letak kenderaan di sebuah bangunan parkir bertingkat di Kepong sejak Mei lalu.

Keadaan itu berikutan keluarga berkenaan tidak mampu menyewa kediaman lain selepas rumah panjang yang disewa sebelum ini secara haram di kawasan terbabit dengan harga RM200 dirobohkan pihak berkuasa.

Selain Muhd Ilham dan isteri, tiga lagi anaknya berusia lima hingga sembilan tahun turut berteduh di tempat kereta yang sama ketika cuti sekolah atau hujung minggu.

Pendapatan keluarga terbabit hanya bergantung dengan hasil kerja Muhd Ilham menolak sayur di sebuah pasar berdekatan dengan upah RM45 sehari mengikut keadaan kesihatann­ya.

Selain itu, Muhd Ilham turut menghidap penyakit Hepatitis C dan juga asma, selain isterinya yang turut mengalami masalah kesihatan iaitu gangguan saraf serta kemurungan.

Muhd Ilham sebelum ini turut menerima bantuan kewangan bulanan Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia