Harian Metro

19 kawasan catat IPU tidak sihat

-

Sebanyak 19 kawasan di seluruh negara mencatatka­n Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 6 petang semalam.

Data keseluruha­n menunjukka­n kualiti udara di 47 kawasan berada dalam keadaan tahap sederhana manakala satu lokasi merekodkan bacaan IPU sihat di Kimanis, Sabah dengan catatan 47.

Berdasarka­n maklumat dipaparkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU tertinggi 197 direkodkan di Rompin, Pahang diikuti Sri Aman, Sarawak, 173.

Turut mencatatka­n bacaan IPU tinggi ialah di Batu Muda dan Cheras, Kuala Lumpur masingmasi­ng 161 dan 150.

Kualiti udara di Selangor juga merekodkan IPU tidak sihat iaitu Johan Setia Klang (153), Petaling Jaya (141), Shah Alam (131), Banting (120) dan Klang (113).

Manakala bacaan IPU tidak sihat di Negeri Sembilan membabitka­n Nilai (147), Seremban (119) dan Port Dickson (108) manakala Putrajaya (140) juga tidak sihat.

Turut terjejas Bukit Rambai, Alor Gajah dan bandar raya Melaka yang menunjukka­n bacaan IPU masing-masing 107, 103 dan 101 manakala Tangkak, Johor pula 121.

Bacaan IPU di Sabah pula di tahap sederhana antara 52 hingga 62.

Mengikut Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, berasaskan laporan Metrologi Malaysia dan National Disaster Command Center, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia menyebabka­n jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkata­n bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang pantai barat Semenanjun­g Malaysia dan barat Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia