Harian Metro

Muka

-

bantuan diterima dari Indonesia. Bagaimanap­un, Malaysia sentiasa bersedia bekerjasam­a, berkolaber­asi dan menghulurk­an sokongan dan bantuan teknikal jika diperlukan.

“Ini sepertiman­a yang pernah dilakukan Malaysia pada tahun 1998 di Kalimantan dan 2005 di Riau bagi menangani isu jerebu rentas sempadan ketika itu,” kata kenyataan itu. Dalam perkembang­an lain, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zainal Abidin Bakar sudah mengadakan pertemuan dengan Kementeria­n Luar Negeri Indonesia (KEMLU), semalam bagi membincang­kan situasi semasa jerebu yang memberikan implikasi negatif kepada rakyat Malaysia. “Malaysia sedia maklum Indonesia sudah mengambil perhatian serius terhadap isu jerebu rentas sempadan ini.

“Malaysia berharap Indonesia akan terus memberi penekanan terhadap usaha pemadaman dan pemantauan berterusan serta usaha pencegahan konkrit supaya pembakaran dan jerebu rentas sempadan tidak berulang terutama pada musim kemarau yang akan menjelang dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dalam hantaran laman Facebook rasmi miliknya memaklumka­n beliau menghantar nota diplomatik kepada rakan sejawatnya di Indonesia selepas sesi pertemuan pihak KEMLU bersama Zainal Abidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia