Harian Metro

157,479 murid terjejas

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

 Jumlah sekolah ditutup di Sarawak kini meningkat kepada 409

Kuching

Sebanyak 134 sekolah lagi diumumkan ditutup di Sarawak, susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap sangat tidak sihat, sejak petang kelmarin.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumka­n jumlah itu menjadikan 409 sekolah rendah dan

menengah ditutup setakat jam 10 pagi di Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Lundu.

“Laporan yang diterima berkenaan penutupan sekolah akibat jerebu membabitka­n 347 sekolah rendah dan 62 sekolah menengah.

“Penutupan itu menjejaska­n sesi pembelajar­an dan pengajaran 157,479 murid serta pelajar,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pula berjalan dengan lancar seperti yang dijadualka­n.

Dalam laporan sebelum ini, Ketua Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, sebanyak 275 sekolah di lima daerah di Sarawak, ditutup semalam.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, tiga lokasi mencatatka­n IPU tidak sihat iaitu Sri Aman (192), Kuching (144) dan Kota Samarahan (121).

Sepuluh lokasi lain pula mencatatka­n bacaan sederhana dengan Sibu (76), SK Baram (69), Mukah (63), Miri (71), Bintulu (67), Samalaju (60), Kapit (62), Limbang (53), Sarikei (79) dan Institut Latihan Perindustr­ian Miri (64).

Sementara itu, Sumatera Indonesia mencatatka­n jumlah tompok panas terbanyak iaitu 391 dan Kalimantan dengan 255.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia