Harian Metro

JPN boleh beri arahan tutup sekolah

-

Alor Gajah: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di setiap negeri boleh mengeluark­an arahan penutupan sekolah mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sekiranya keadaan jerebu di kawasan masing-masing semakin teruk.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, setiap JPN mempunyai SOP sendiri dalam mengambil kira keputusan penutupan atau penangguha­n sesi persekolah­an susulan jerebu yang melanda beberapa negeri kini.

“Setiap JPN ada SOP masing-masing dan mereka (JPN) berhubung rapat dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk pastikan kebajikan anak-anak

(pelajar) tidak diabaikan.

“Mereka

(JPN) akan pastikan apabila sampai di bacaan tertentu sekolah akan ditutup dan ia perlu dirujuk kepada JPN masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat di Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Mengulas mengenai penutupan lebih 270 sekolah di Sarawak semalam, Maszlee berkata, pihak sekolah perlu merujuk kepada arahan terkini yang akan dikeluarka­n oleh JPN berdasarka­n bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

“Apa yang penting penekanan isu keselamata­n dan kesihatan anak-anak (pelajar) dan guru berada pada tahap

tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia