Harian Metro

Ambil UPSR bertopeng muka

-

Kuching: Calon peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sini, tidak berasa terganggu dengan keadaan jerebu yang melanda beberapa bahagian di Sarawak walaupun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah tahap sangat tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

Malah, peperiksaa­n itu yang bermula Rabu lalu masih diteruskan di negeri ini walaupun ada sekolah yang ditutup. Tinjauan Harian Metro di beberapa sekolah di Kuching mendapati rata-rata calon yang menjawab kertas Matematik pada hari ini menggunaka­n topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Green Road, Penelope Chloe Melcome, 12, berkata, apabila sekolah mereka diumumkan tutup semalam, ibu bapanya sudah berpesan kepadanya untuk memakai topeng muka.

“Sepanjang keadaan jerebu, saya hanya duduk di rumah dan mengulang kaji pelajaran.

“Ibu nasihatkan saya supaya tidak keluar rumah dan menjaga kesihatan agar dapat menjawab dua subjek yang tinggal,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi murid sekolah sama, Awang Aniq Darwisy Awang Suffian, 12, berkata, biarpun terpaksa menggunaka­n topeng muka ketika menjawab soalan, perkara itu tidak mengganggu tumpuannya.

“Saya fokus dengan soalan yang diterima dan menjawab dengan tenang.

“Saya sasar untuk mendapat 6A dan saya perlu buat dengan baik. Ada dua lagi kertas yang perlu saya jawab iaitu Sains Kertas 1 dan 2,” katanya.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam kenyataan memaklumka­n sebanyak 347 sekolah rendah dan 62 sekolah menengah ditutup di Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Lundu.

“Seramai 157,479 murid dan pelajar terjejas dengan keadaan jerebu yang melanda Sarawak. Peperiksaa­n UPSR pula berjalan dengan lancar seperti yang dijadualka­n,” kata kenyataan itu.

Setakat jam 12 tengahari semalam, tiga lokasi mencatatka­n IPU tidak sihat iaitu Sri Aman (192), Kuching (144) dan Kota Samarahan

(121).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia