Harian Metro

Jho Low penasihat tak rasmi

-

Kuala Lumpur: Seorang saksi mengakui di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa ahli perniagaan kontrovers­i, Low Taek Jho atau Jho Low adalah penasihat tidak rasmi kepada bekas Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Razak.

Bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Effendi Nazaruddin, 43, berkata, hal itu kerana tiada surat rasmi yang mengatakan Jho Low adalah penasihat kepada Najib.

Amhari berkata demikian ketika menjawab soalan peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika sesi pemeriksaa­n balas pada prosiding kes membabitka­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.

Menjawab soalan Muhammad Shafee mengapa beliau dalam keterangan sebelum ini mengatakan Jho Low menjalanka­n tugasnya secara sulit, Amhari berkata, hal itu kerana tidak ramai orang lain yang rapat dengan Najib dan seorang daripada mereka ialah Jho Low.

Saksi kelapan itu berkata, Jho Low sering berbincang dengan Najib dan melaksanak­an tugasnya secara sulit dan tertutup menyebabka­n tidak ramai yang mengetahui­nya.

Katanya, hanya Allahyarha­m Datuk Seri Azlin Alias (bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib) dan beberapa individu lain yang tahu.

SHAFEE: Adakah Perdana Menteri (Najib) layak untuk mempunyai penasihat secara peribadi?

AMHARI: Ssya setuju. SHAFEE: Apa maksud awak sebagai pencatur (merujuk kepada peranan Jho Low)?

AMHARI: Pencatur dalam konteks ini merancang dan menyusun sesuatu dan kadang-kadang sebagai

(perancang).

SHAFEE: Adakah pencatur politik Datuk Seri Najib?

AMHARI: Perancang politik. Dia (Jho Low) salah seorang.

SHAFEE: Semua ini hanya diberitahu oleh Jho Low kepada awak?

AMHARI: Ya.

SHAFEE: Adakah Datuk

Seri Najib ada beritahu awak berkenaan perkara ini? AMHARI: Tiada.

SHAFEE: Awak memberitah­u banyak perkara dengan memetik (maklumat) orang lain? Sekarang kenyataan awak banyak yang bercanggah secara jelas? AMHARI: Tidak setuju. SHAFEE: Saya cadangkan bahawa keterangan awak tidak konsisten dan awak tidak memberitah­u perkara sebenar untuk membabitka­n anak guam saya dengan Jho Low?

AMHARI: Tidak setuju. SHAFEE: Awak bekerjasam­a dengan Jho Low kerana mendapat ganjaran iaitu AS$800,000 di Singapura dan AS$200,000 dalam bentuk pinjaman yang awak masih lagi tidak membayarny­a.

AMHARI: Tidak setuju.

 ??  ?? NAJIB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
NAJIB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? AMHARI Afendi (tengah) hadir bagi memberi keterangan pada perbicaraa­n kes membabitka­n dana 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
AMHARI Afendi (tengah) hadir bagi memberi keterangan pada perbicaraa­n kes membabitka­n dana 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia