Harian Metro

‘Ikut arahan atas dasar setia tanpa fikir akibat’

-

Kuala Lumpur: Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, bahawa beliau mengikut arahan Datuk Seri Najib Razak atas dasar setia kepada ketuanya tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan itu.

Pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata demikian ketika menjawab soalan peguam

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika prosiding bicara membabitka­n skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Menjawab soalan Muhammad Shafee sama ada Najib pernah pada bila-bila masa memberi arahan yang ‘tidak patut’ kepadanya, saksi kelapan itu mahu menjawab soalan itu dengan caranya tersendiri.

SHAFEE: Saya cadangkan kepada kamu bahawa Najib tidak pernah memberi arahan tidak patut kepada kamu?

AMHARI: (Mendiamkan diri)

SHAFEE: Saya cadangkan kepada kamu tidak ada pada bila-bila masa Najib memberi arahan tidak patut kepada kamu?

AMHARI: Saya akan menjawab cara saya. Pada pandangan saya, ia bukan arahan yang salah diberikan kepada saya. Saya tidak boleh mengatakan­nya untuk pihak lain. Saya merujuk kepada kejadian berlaku ketika arahan diberikan oleh Najib untuk saya pergi ke China dan Abu Dhabi. Ia lebih kepada setia kepada

Najib tanpa memikirkan akibatnya.

Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa Najib dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho ada membuat pertemuan rahsia.

Menurut Amhari, beliau tidak mengetahui apa yang dibincangk­an bagaimanap­un ketuanya ketika itu, Datuk Azlin Alias sering mengikuti pertemuan itu.

Katanya, hanya selepas kematian Azlin pada 2015, beliau pula mengikuti pertemuan itu.

Menjawab soalan Muhammad Shafee, Amhari menafikan bahawa beliau dan Jho Low mempunyai kepentinga­n peribadi dan mahu mendapat jawatan tertinggi.

SHAFEE: Kamu pernah beritahu mahkamah bahawa perlantika­n kamu adalah selepas dihubungi Pegawai Khas Najib, Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail?

AMHARI: Ya

SHAFEE: Beliau hubungi kamu bila dan atas tujuan apa?

AMHARI: Beliau hubungi saya memaklumka­n ada kekosongan jawatan pegawai khas Najib.

SHAFEE: Saya menerima arahan bahawa sebenarnya adalah kamu yang menghubung­i Ahmad Shihab sebab itu kamu tahu ada jawatan kosong?

AMHARI: Saya tidak setuju. Beberapa bulan sebelum ini, saya ada memberitah­u Ahmad Shihab mahu berkhidmat dengan Najib tetapi ketika itu tiada kekosongan dan mustahil untuk saya dapat masuk bagaimanap­un beliau berjanji akan menghubung­i saya jika ada.

SHAFEE: Jadi kamu ada maklumkan bahawa kamu berminat untuk bekerja dengan Najib?

AMHARI: Ketika itu saya ada menghantar ke banyak tempat. Ketika itu saya memandang tinggi kepada Najib dan mahu bekerja dengannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia