Harian Metro

Tujuh jam beri keterangan

- Mohd Azam Shah Yaacob

 Ketua PKR Perak diambil kenyataan bantu siasatan kes merusuh

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador, 37, memberi keterangan tujuh jam, semalam bagi membantu siasatan kes merusuh di Kompleks Sukan Arena All Stars, Taman Dagang Permai, 31 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior

Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Farhash sebelum itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 10 pagi.

“Dia (Farhash) kemudian dibebaskan jam 5 petang tadi (semalam) atas jaminan polis apabila keterangan­nya selesai dirakamkan.

“Saringan ujian air kencing terhadap Farhash juga mendapati dia negatif dadah,” katanya. Katanya, kes itu akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (PPN) untuk arahan serta tindakan lanjut.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis menahan empat lelaki yang bekerja dalam kejurulati­han muay thai berusia 22 hingga 38 tahun bagi membantu siasatan kes terbabit.

Khamis lalu, pengadu kes itu membuat laporan menarik semula laporan yang dibuat.

Dalam kejadian jam 9 malam 31 Ogos lalu, seorang individu mengadu diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi dalam rusuhan bersenjata dipercayai membabitka­n lebih 12 lelaki.

Individu itu dilaporkan cedera di pinggang dan luka anggota badan.

 ??  ?? FARHASH
FARHASH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia