Harian Metro

Mamat Exists bebas dengan jaminan

-

Kuala Lumpur: Penyanyi, Mamat Exists, 41, dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas ditahan reman, kelmarin bagi membantu siasatan kerana memiliki dadah.

Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim yang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara berkata, Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 42, dalam keadaan baik dan tenang sebaik dibebaskan.

“Alhamdulil­lah, keadaan Mamat baik. Saya belum sempat berbual panjang dengan dia dan kami akan berangkat ke Kuala Lumpur petang ini juga,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, selaku penganjur konsert Shiraz Projects merancang mengadakan sidang media bersama Mamat.

“Kami ada rancangan untuk mengadakan majlis sidang media bagi menjelaska­n situasi sebenar selain memaklumka­n mengenai perkembang­an konsert katanya.

Shirazdeen mewakili Shiraz Projects juga berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bertanya khabar dan prihatin dengan situasi yang melanda.

“Kami menghargai sokongan yang anda berikan dan Shiraz Projects sentiasa berkongsi perkembang­an mutakhir mengenai konsert dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, bekas vokalis kumpulan popular 90-an ditahan selepas disyaki memiliki syabu di luar kawasan rumah kedai di

Taman Perling di Johor

Bahru, Ahad lalu.

 ??  ?? MAMAT
MAMAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia