Harian Metro

Nafi IPG ditutup tahun depan

-

Kementeria­n Pendidikan Malaysia menafikan penutupan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang didakwa akan dilakukan secara berperingk­at-peringkat mulai tahun depan.

Menterinya, Dr Maszlee Malik menjelaska­n, cadangan penutupan 21 daripada 27 IPG itu polisi kerajaan terdahulu.

Beliau turut menegaskan, sebarang kenyataan berkaitan status IPG seharusnya merujuk kepada kementeria­n terlebih dahulu.

“Itu tidak benar (penutupan IPG), ia keputusan kerajaan lama. Kita minta pihak yang mengeluark­an berita merujuk kepada kita dahulu sebelum mengeluark­an kenyataan.

“Kenyataan itu tidak benar kerana ia merujuk polisi kerajaan lama,” katanya pada sidang media selepas Lawatan Kerja Menteri Pendidikan ke Parlimen Masjid Tanah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, Kuala Sungai Baru di sini, semalam.

Ditanya mengenai status terbaharu IPG, Dr Maszlee secara ringkas mengatakan berita itu tidak benar.

“Jadi, kita minta media jika ingin mengeluark­an apa-apa berita berkaitan polisi kerajaan lama supaya rujuk kepada kami dahulu supaya dapat maklumat lebih tepat,” katanya.

Dr Maszlee mengulas laporan muka depan sebuah akhbar, semalam mengenai 21 daripada 27 IPG di seluruh negara dicadang ditutup secara berperingk­at mulai tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia