Harian Metro

Mengaku salah cedera dua anak

-

Seorang pencuci kereta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan mencederak­an dua anak perempuann­ya hingga meninggalk­an kesan di tangan dan belakang badan, Mei lalu.

Lelaki berusia 34 tahun itu membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai hak jagaan didakwa menyebabka­n kecederaan ke atas anaknya yang berusia 10 tahun tiga bulan dan enam tahun lapan bulan, masing-masing dengan kesan rotan di tangan kanan dan belakang badan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di

Wangsa Maju, di sini, jam 10 pagi, 12 Mei lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd Jafri memohon mahkamah menetapkan satu tarikh singkat bagi fakta kes dan jatuh hukum.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 September ini untuk sebutan semula kes dan jatuh hukum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia