Harian Metro

Manfaat bulan Muharam

-

 Tambah amal ibadat untuk raih pahala, keampunan Allah SWT

kepada Allah SWT iaitu mensyirikk­an-Nya.

Itu adalah kezaliman paling besar.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Orangorang yang beriman dan tidak mencampura­dukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah al-An’aam, ayat 82)

Selain itu, tidak melakukan kezaliman ke atas orang lain. Ia berkaitan dengan harta, kehormatan sehingga darah seseorang.

Begitu juga halnya dengan tindakan menipu orang lain, itu juga salah satu bentuk kezaliman yang perlu dijauhi.

Seterusnya, tidak sesekali melakukan kezaliman terhadap kehormatan diri seseorang seperti membuka aib, memfitnah serta memburukka­nnya dirinya.

Semua perbuatan itu pasti akan membawa kegelapan kepada diri pelaku pada hari kiamat kelak.

Begitu juga kita tidak boleh menzalimi diri sendiri. Tubuh badan kita misalnya, memiliki pelbagai hak untuk dipenuhi.

Ini termasuk hak untuk mendapatka­n makanan, berehat daripada keletihan serta melampiask­an nafsu pada jalan yang benar.

Sebuah hadis daripada Anas bin Malik, katanya: Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah SAW menanyakan ibadat yang dilakukan Baginda.

Setelah tiga sahabat itu mendapat jawapan daripada isteri-isteri Nabi SAW, mereka merasakan ibadat yang dilakukan terlalu sedikit jika dibandingk­an dengan Rasulullah SAW.

Lalu mereka berkata: “Bagaimana ibadat kita? Padahal Baginda SAW adalah seorang yang maksum iaitu tidak mempunyai dosa dan Allah SWT mengampunk­an dosanya yang lalu dan akan datang?

Maka, salah seorang daripada mereka berkata: “Aku akan solat tahajud pada setiap malam.”

seorang yang lain berkata: “Aku akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak akan berbuka.”

Seorang lagi berkata: ”Aku akan mengasingk­an diri daripada wanita dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang).”

Maka, Rasulullah SAW datang lalu bersabda yang bermaksud: “Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat takwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku solat dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan daripada kalangan umatku).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada bulan Muharam ini juga, kita disunatkan memperbany­akkan berpuasa sunat.

Ini seperti dinyatakan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat pada waktu malam.” (Sahih Muslim)

Imam An-Nawawi turut menyatakan puasa paling afdal selepas puasa Ramadan adalah berpuasa pada bulan Muharam.

Antara hari yang dianjurkan berpuasa adalah pada hari ‘Asyura iaitu puasa hari ke-10 pada bulan Muharam.

Syukur bagi mereka yang mengambil peluang berpuasa pada 10 Muharam, semalam serta sehari sebelum itu yang dipanggil sebagai puasa Tasu’a.

Orang mukmin digalakkan menambah puasa sunat sehari sebelum puasa ‘Asyura bagi membezakan puasa orang Yahudi.

Semoga kita memperoleh ganjaran hebat disediakan Allah SWT bagi mereka yang berpuasa ‘Asyura iaitu penghapusa­n dosa setahun yang lalu.

Ulama menyatakan ketika ada penghapusa­n dosa daripada amalan soleh yang dilakukan, yang dihapuskan itu adalah dosa kecil.

Bagi dosa besar hendaklah disertakan taubat kepada Allah SWT.

Pastikan diri kita tidak termasuk dalam kalangan orang yang berlengah untuk melakukan amalan soleh.

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia