Harian Metro

Usah persia masa di menara gading

- Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki

Minggu lalu adalah detik indah buat penuntut baharu di institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara.

Pelbagai nama diberikan bagi meraikan mereka pada minggu suai kenal yang dijalankan pada semester pertama di menara ilmu.

Suka atau tidak, penuntut universiti mempunyai cabaran dan amanah besar untuk digalas sama ada untuk diri sendiri, keluarga dan ummah.

Dalam satu hadis riwayat Imam Muslim menyatakan betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang melalui proses menuntut ilmu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiap­a yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahdah­kan baginya jalan untuk ke syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumahrumah Allah, membaca kitab Allah (al-Quran) dan mempelajar­inya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya.”

Proses menuntut ilmu bagaikan sebuah pelayaran di lautan yang terbentang luas. Penuntut diibaratka­n ketua kapal yang bertindak mengendali­kan kapal itu ketika taufan, ribut kencang serta terik matahari.

Jika ketua bijaksana, maka dia akan menggunaka­n segala kudrat dan kebolehan yang ada agar kapal itu tidak karam.

Seandainya tersilap langkah, pastinya bahaya menanti. Setiap penuntut juga harus bijak menggunaka­n setiap kemudahan dan peluang di kampus supaya manfaat yang optimum dapat diperoleh.

Antaranya, kemudahan seperti perpustaka­an, pengangkut­an awam, jaringan pelajar melalui aktiviti kelab dan persatuan serta pelbagai keistimewa­an lain yang mungkin tidak dinikmati penuntut di negara kurang maju.

Sedih sekali apabila melihat penuntut tempatan hanya memanfaatk­an kemudahan seperti perpustaka­an hanya untuk tempoh waktu tertentu sahaja iaitu ketika musim peperiksaa­n semata-mata.

Namun bagi penuntut dari luar negara, mereka berusaha memanfaatk­an pelbagai kemudahan itu pada setiap masa.

Sewajarnya, setiap penuntut meluangkan masa untuk aktiviti mencambah ilmu ketika di menara gading.

Contohnya, kisah Imam Abu Hatim dengan anaknya, Imam Abdurrahma­n. Kedua-dua mereka adalah imam besar dalam ilmu hadis pada kurun ketiga Hijrah.

Pernah suatu ketika, ada orang bertanya kepada Iman Abu Hatim, mengapa anak kamu begitu alim.

Lalu beliau menjawab, “Anakku belajar denganku di semua tempat, setiap masa sampaikan jika aku masuk ke bilik mandi dia akan membaca dan belajar di luar bilik mandi.”

Begitu komited dan bersungguh-sungguh ilmuwan terdahulu dalam membudayak­an ilmu dalam kehidupan seharian mereka.

Bukan hanya di bilik kuliah semata-mata, malah pembelajar­an secara tidak langsung di luar kampus juga kadangkala menjadi bekal berharga terutamany­a ketika fasa sukar untuk mendapatka­n pekerjaan selepas tamat pengajian kelak.

Selain itu, penuntut juga perlu bijak mengambil peluang dengan menceburi pelbagai aktiviti bermanfaat serta berwaspada memilih rakan.

Kehidupan sewaktu pengajian memerlukan pelbagai pengorbana­n, misalnya berjauhan dengan ibu bapa, masalah kewangan, komunikasi antara rakan dan pensyarah serta pelbagai lagi elemen yang perlu dititikber­atkan agar seseorang pelajar menjadi mahasiswa yang proaktif dan serba boleh.

Benarlah kata Imam as-Syafie, menuntut ilmu itu lebih baik daripada melakukan ibadat sunat menggambar­kan begitu besar dan kemuliaann­ya dalam Islam.

Sejajar dengan perkembang­an zaman revolusi perindustr­ian 4.0 yang lebih berorienta­sikan

atau internet kebendaan dalam hampir semua aspek kehidupan seharian, pelajar seharusnya lebih bijak mengatur langkah mencipta keperibadi­an unggul dan tidak terperangk­ap dengan unsur negatif yang terdapat dalam ruang lingkup revolusi berkenaan.

Jangan biarkan kecanggiha­n teknologi menyebabka­n adab sebagai seorang penuntut ilmu semakin terhakis terutamany­a kepada pensyarah serta staf universiti.

Penulis penuntut Ijazah Doktor Falsafah

Pengajian Islam (Syariah) Bahagian Pengajian

Islam Universiti Sains Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia