Harian Metro

Formula 8 tahun tauke belut

-

pejal dan bebas daripada penyakit.

“Kejayaan saya menghasilk­an benih belut itu akhirnya ‘membuka mata’ banyak pihak yang mula berkunjung ke pusat ternakan belut saya untuk mengikuti kursus intensif mengenai teknik yang betul untuk mengusahak­annya secara komersial.

“Antara yang datang untuk berkursus di sini ialah pelajar Diploma Akuakultur Politeknik Jeli, Kelantan, pelajar dan pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Sains Malaysia serta individu yang mahu memulakan penternaka­n belut,” katanya.

Lebih menarik, formulasi makanan ikan yang dihasilkan Zakaria turut menerima sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketika ini, Zakaria menjual belut pada harga RM25 sekilogram untuk belut bersaiz bawah 300 gram, RM30 sekilogram untuk belut bersaiz 300 gram ke 500 gram dan RM40 untuk belut bersaiz

500 gram ke atas.

Kejayaan beliau dalam mengusahak­an belut secara komersial turut menarik perhatian sebuah syarikat pelabur dari Kuala Lumpur yang ingin mengusahak­an ternakan itu seluas 20 hektar di Sungai Tong di sini dengan sasaran 3,600 kolam takungan belut.

“Projek ternakan belut berskala besar itu dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dan mampu menjadi satu lagi tarikan akua pelanconga­n di Terengganu,” katanya yang turut mendapat sokongan Jabatan Perikanan dalam mengusahak­an ternakan belut itu.

 ??  ?? Saya gunakan kolam sama untuk membuat kajian bagi menghasilk­an
benih belut
ZAKARIA menunjukka­n ternakan belut di dalam kolam untuk tujuan pembiakan.
Saya gunakan kolam sama untuk membuat kajian bagi menghasilk­an benih belut ZAKARIA menunjukka­n ternakan belut di dalam kolam untuk tujuan pembiakan.
 ?? Zakaria Harun ?? TERNAKAN belut di Kampung Kubang Puyu dekat Langkap, Setiu.
Zakaria Harun TERNAKAN belut di Kampung Kubang Puyu dekat Langkap, Setiu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia