Harian Metro

Telefon 03-79568145

-

 Tingkah laku bunuh diri remaja 13-17 tahun kian meningkat

Bunuh diri antara 10 penyebab utama kematian di dunia dan menjadi penyebab kedua kematian bagi mereka berusia 15 hingga 29 tahun menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi setiap nyawa yang terkorban dianggarka­n 20 ahli keluarga atau rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi.

“Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2017 mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun menunjukka­n trend peningkata­n.

“Prevalen idea ingin bunuh diri adalah 10.0 peratus pada 2017 berbanding 7.9 peratus pada 2012. Prevalen membuat perancanga­n untuk bunuh diri adalah 7.3 peratus (2017) berbanding 6.4 peratus (2012).

“Sementara itu cubaan bunuh diri adalah 6.9 peratus (2017) berbanding 6.8 peratus (2012),” katanya dalam kenyataan sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia: Bersama Mencegah Bunuh Diri, semalam.

Tema Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada tahun ini ialah Bersama Mencegah Bunuh Diri.

Beliau berkata, selari dengan tema itu yang menekankan usaha sama pintar, semua pihak sama ada agensi kerajaan dan bukan kerajaan perlu memainkan peranan bersama sebagai usaha bersepadu untuk mencari jalan penyelesai­an menangani isu tingkah laku bunuh diri.

“Ini memandangk­an faktor menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri adalah di luar jangkauan kesihatan seperti komorbidit­i gangguan mental, penyalahgu­naan substans, masalah psikososia­l dalam keluarga, tragedi kehidupan, masalah hubungan dan masalah kewangan.

“Bunuh diri boleh dicegah. Sebagai ahli masyarakat, kita boleh mengambil tindakan membantu jika mengetahui ada ahli keluarga, sahabat atau mereka yang kita kenali mengalami krisis emosi, tanda kemurungan atau berniat untuk membunuh diri,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, langkah untuk membantu boleh dilakukan dengan mengambil serius mengenai masalah mereka, mengambil masa untuk mendengar keluhan, mengambil berat dan memberikan sokongan sosial.

“Sekiranya keadaan tidak bertambah baik, bantu mereka mendapatka­n rawatan pakar atau hubungkan mereka dengan perkhidmat­an yang sedia ada.

“Kementeria­n Kesihatan menyediaka­n perkhidmat­an saringan dan rawatan bagi masalah kesihatan mental di 60 hospital kerajaan, 1001 klinik kesihatan di peringkat kesihatan primer dan 25 Pusat Komuniti Kesihatan Mental (MENTARI).

“Individu yang mempunyai masalah berkaitan isu kesihatan mental boleh juga mendapatka­n bantuan melalui talian Hotline (bebas tol) 24 jam 03-79568145 dikendalik­an oleh pihak The Befriender­s,” katanya.

Menurutnya, Kementeria­n Kesihatan mengucapka­n terima kasih kepada kementeria­n dan agensi berkolabor­asi dalam melaksanak­an program promosi serta pencegahan bagi menangani permasalah­an mental.

Antara kementeria­n terbabit adalah Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Belia dan Sukan serta Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh).

Turut serta dalam kolaborasi itu adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti

MyPerintis dan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA).

Katanya, antara program dianjurkan adalah Program Minda Sihat Sekolah, Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) dan

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Kementeria­n Kesihatan akan terus meningkatk­an kerjasama dan mengalu-alukan pelbagai agensi lain untuk lebih aktif melaksanak­an aktiviti mempromosi­kan kesihatan mental.

 ??  ?? BUNUH diri antara 10 penyebab utama kematian di dunia dan menjadi penyebab kedua kematian bagi mereka berusia 15 hingga 29 tahun menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.n
BUNUH diri antara 10 penyebab utama kematian di dunia dan menjadi penyebab kedua kematian bagi mereka berusia 15 hingga 29 tahun menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia