Harian Metro

4 November depan sebutan semula kes bunuh

-

Seremban: Mahkamah Majistret di sini, semalam menetapkan 4 November depan sebagai sebutan semula kes bunuh pasangan warga emas di Taman Desa Melati, Nilai, Julai lalu.

Majistret Mahyun Yusof dan V Vanita dari dua mahkamah berasingan menetapkan tarikh itu sementara menunggu laporan lengkap kimia serta bedah siasat.

Pada 5 Ogos lalu, Tan Kian Ngip, 40, berdepan tuduhan membunuh suami isteri Eng Chong Hwa, 67, dan Tan Kim Joo, 73, dengan menikam menggunaka­n pisau sehingga menyebabka­n kematian.

Perbuatan itu dilakukan di Taman Desa Melati, Nilai, antara jam 4 petang hingga 7.45 malam, pada 24 Julai lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un tiada pengakuan direkodkan.

Sementara itu, tiga lagi tertuduh Lim Boon Ee, 35, Huen Kok Chou, 38, dan Kek Yiing Haur, 41, didakwa menghilang­kan senjata pisau yang digunakan Kian Ngip dengan niat mengelakka­n lelaki itu daripada seksaan undang-undang.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Melati 21, Taman Desa Melati, Nilai, antara jam 7 malam hingga 8.50 malam, pada 25 Julai lalu.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mas Sy afiqah Mahroob dan Nur’atiqah Sapari.

 ??  ?? KIAN Ngip
Boon Ee
KIAN Ngip Boon Ee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia