Harian Metro

Dinding masjid roboh dirempuh lori ais

-

Melaka: “Saya sedang berjalan keluar untuk pulang, tiba-tiba ternampak sebuah lori ais menghala ke arah masjid sebelum disusuli dentuman kuat,” kata kariah Masjid Al- Khairiah Telok Mas, Abdul Shukor Mohd Said, 62.

Dia antara individu menyaksika­n kejadian yang berlaku jam 9.30 malam kelmarin, menyebabka­n dinding depan masjid berkenaan roboh akibat rempuhan itu.

Katanya, ketika kejadian hanya tinggal tiga jemaah yang masih berada di masjid menunaikan solat sunat selepas kuliah.

“Dalam sekelip mata sahaja lori itu merempuh bahagian dinding sebelah.

“Mujurlah kejadian berlaku agak lewat kalau tidak motosikal jemaah yang diletakkan di luar pasti akan turut dirempuhny­a,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, lori dinaiki dua lelaki itu dalam perjalanan dari arah Pernu menghala ke Alai.

“Difahamkan oleh pemandu, dia mahu mengelak kereta di hadapannya sebelum terbabas ke kiri,” katanya.

Sementara itu, Sidang Telok Mas, Paisal Saleh berkata, rempuhan itu mengakibat­kan pihaknya mengalami kerugian dianggarka­n RM6,000.

“Selain dinding yang dirempuh, kita juga perlu menukar sebahagian permaidani yang pastinya menelan kos tinggi.

“Laporan polis juga sudah dibuat malam tadi (kelmarin) di Balai Polis Kandang,” katanya.

 ??  ?? LORI ais yang terbabas dan merempuh dinding masjid, semalam.
LORI ais yang terbabas dan merempuh dinding masjid, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia