Harian Metro

Darah berkocak ditikam komunis

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@nstp.com.my

“Saya melihat sendiri darah ibu dan adik bongsu berusia dua tahun berkocak di dalam kolam ikan ketika mereka ditikam bertubi-tubi oleh komunis.

“Ketika itu, saya yang berusia 14 tahun terbaring hanya dua kaki dari ibu, Temun Manang dan adik sambil menunggu giliran ditikam lembing komunis,” kata Tik Sulong.

Tik, 89, adalah adik kepada pengarah filem veteran, Allahyarha­m Datuk Jamil Sulong iaitu anak Sulong Mohammmad yang dilantik sebagai Naib Penghulu Parit Sulong, Johor menggantik­an mentuanya Sulong Gantang yang meninggal dunia pada 1935.

Tidak sekadar melihat ibunya dibunuh, wanita itu turut melihat empat lagi ahli

keluargany­a dibunuh kejam komunis dalam kejadian sekitar 6 pagi, 10 Jun 1945.

“Walaupun 74 tahun sudah berlalu, peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan. Rumah kami dibakar dan selain ibu dan adik, saya turut kehilangan dua anak saudara yang masih kecil serta abang ipar yang mati terbakar.

“Bayangkan ketakutan yang dirasai apabila melihat anak saudara yang masih kecil menjerit meminta tolong sambil isi perutnya terburai, tetapi apalah daya saya ketika itu,” katanya ketika ditemui media di rumahnya di Sungai Udang di sini, semalam.

Mengimbau kembali peristiwa hitam itu, ibu kepada lapan anak itu berkata, pagi itu dia yang mempunyai 12 beradik bangun awal sekitar jam 6 pagi untuk membantu ibu menyédiaka­n sarapan.

“Ayah ketika itu tiada di rumah kerana ke kebun bagi memantau kerja-kerja menuai padi. Ibu sempat memasak nasi untuk kakak yang baru 16 hari bersalin.

“Tiba-tiba kakak yang berada dalam pantang terdengar ketuk-ketuk disusuli bunyi berbalas tembakan. Kami semakin takut apabila terdengar jeritan penduduk kampung mengatakan komunis sedang menyerang,” katanya.

Nenek dan moyang kepada 16 cucu dan lapan cicit itu berkata, serentak dengan itu dia berlari menarik tangan ibu serta adik bongsu berusia dua tahun keluar melalui pintu belakang rumah.

Pada masa sama, katanya, kakaknya yang sedang dalam pantang mendukung anak kecilnya dengan sebelah tangan memimpin adik

berumur tiga tahun.

“Ketika kami bertiga berusaha menyelamat­kan diri, saya dan adik yang didukung ibu terjatuh ke dalam kolam ikan berhampira­n rumah.

“Saya sempat mendengar ibu merayu supaya anak-anaknya tidak dibunuh, tetapi komunis tanpa belas kasihan dan kejam terus menikam ibu dan adik bertubi-tubi menggunaka­n lembing.

“Dalam keadaan ketakutan, saya membenamka­n muka ke dalam air dan menyorok di sebalik tumbuhan daun keladi yang memenuhi kolam ikan itu,” katanya mengalirka­n air mata.

Mungkin dengan kuasa Allah, katanya, komunis itu tidak menemuinya yang ketika itu sudah ‘bermandika­n’ darah dagingnya sendiri.

“Komunis kemudian bertindak membakar rumah dua tingkat kami sehingga mengorbank­an dua anak saudara dan abang ipar.

“Lima orang ahli keluarga kami terbunuh dalam tragedi itu selain lima lagi dalam kalangan penduduk kampung.

“Suasana pengebumia­n kelima-lima jenazah ahli keluarga selepas itu berlaku dalam suasana amat memilukan,” katanya menahan air mata.

Menurut Tik selepas tragedi itu, dia sekeluarga yang terselamat menumpang di rumah penduduk kampung yang bersimpati dengan nasib mereka sebelum berpindah dan menetap di Sungai Udang, Melaka beberapa tahun kemudian.

Saya sempat mendengar ibu merayu supaya anak-anaknya tidak dibunuh Tik Sulong

 ??  ??
 ??  ?? TIK melihat kisah kejadian yang dibukukan yang bertajuk Jamil Sulong Warisan Wawasan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.
TIK melihat kisah kejadian yang dibukukan yang bertajuk Jamil Sulong Warisan Wawasan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.
 ??  ?? GAMBAR lama keluarga Tik.
GAMBAR lama keluarga Tik.
 ??  ?? LAKARAN kedudukan rumah yang didiami ahli keluarga Tik dalam kejadian serangan komunis di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
LAKARAN kedudukan rumah yang didiami ahli keluarga Tik dalam kejadian serangan komunis di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
 ??  ?? GAMBAR laluan menuju ke Parit Sulong, Batu Pahat, Johor dalam kejadian serangan komunis pada 10 Jun 1945.
GAMBAR laluan menuju ke Parit Sulong, Batu Pahat, Johor dalam kejadian serangan komunis pada 10 Jun 1945.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia