Harian Metro

Sokong Jumaat hari tulisan jawi

-

Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyokong penuh cadangan menjadikan Jumaat sebagai hari penggunaan tulisan jawi.

Yang Dipertua Yadim, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya menyokong penuh cadangan berkenaan.

“Ustaz Nik Omar menyokong penuh cadangan Yang Berhormat Menteri itu,” tulis Pegawai Khas beliau, Farisul Islam Fakhrul Adabi ketika dihubungi menerusi Facebook Ustaz Nik Omar, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, baru-baru ini, mengisytih­arkan Jumaat sebagai sebagai hari penggunaan tulisan jawi dalam usaha memperkasa­kan tulisan itu.

Beliau berkata, tulisan jawi adalah platform untuk mengembali­kan sejarah warisan negara kerana Malaysia dan bahasa Melayu secara khususnya menggunaka­n tulisan itu sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahupun masyarakat.

Sementara itu, Majlis Dakwah Negara (MDN) turut menyambut baik, malah menyifatka­nnya sebagai satu langkah positif daripada kerajaan untuk memperkasa­kan dan menyegarka­n semula penggunaan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat.

“MDN berpandang­an dengan keputusan kerajaan itu sudah pasti pelaksanaa­nnya kelak akan dapat menyegarka­n kembali tulisan asal bahasa Melayu-Islam itu yang sudah mengalami zaman gelap sejak enam dekad lalu kerana berlaku kesilapan perhitunga­n dalam kalangan pemimpin Melayu pada waktu itu,” kata Pengerusi MDN, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dalam kenyataan.

Menurutnya, sempena dengan pengisytih­aran itu MDN berharap satu komitmen yang tinggi ditunjukka­n kerajaan, khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berlandask­an kepada citra politik yang mendalam di lubuk hati pemimpin masa kini.

Beliau berkata, seluruh organisasi Islam yang mempunyai kepentinga­n Melayu dan Islam juga perlu berdiri teguh di belakang perisytiha­ran itu, malah rakyat diseru memberi sokongan padu tanpa mengambil kira pendirian politik disokong atau pendekatan perjuangan politik parti didukungi.

“Tanpa komitmen jitu dilakukan kerajaan terutama Jakim dan sokongan padu daripada semua pihak, pengisytih­aran hari Jumaat sebagai hari penggunaan tulisan jawi itu hanya diibaratka­n seperti debu yang ditabur di atas batuan licin semata-mata yang akan ditiup angin,” katanya.

 ??  ?? NIK Omar
NIK Omar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia