Harian Metro

Perhabis RM1,200 ‘bina jentera’

-

Lumpur: Aktiviti menunggang basikal lajak dalam kalangan remaja dikesan kembali menular di ibu negara sejak kebelakang­an ini.

Mereka didapati berani menunggang basikal tanpa brek itu sambil mempamerka­n aksi selain menunjukka­n kemahiran yang mungkin membahayak­an nyawa orang lain.

Ada di antara mereka berlumba di jalan raya tanpa menghirauk­an keselamata­n diri di samping sanggup berhabisan duit simpanan demi mengubahsu­ai basikal kesayangan.

Dianggarka­n RM900 hingga RM1,200 dibelanjak­an kanak-kanak dan remaja berkenaan untuk mengubahsu­ai basikal lajak dengan tujuan berlumba.

Antara bahagian yang diubahsuai termasuk pemegang, rantai basikal, tempat duduk dan brek.

Pengubahsu­aian itu menjadikan basikal bergerak dalam keadaan lajak, sekali gus membahayak­an penunggang kerana tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan.

Ketiadaan brek menyebabka­n penunggang perlu mengawal sendiri kelajuan bagi memberhent­ikan basikal mereka.

Manakala, bahagian pemegang diubah suai bagi membolehka­n mereka meniarap di atas basikal dan melakukan aksi Superman ketika berlumba di jalan raya.

Kawasan jalan berbukit dan cerun pula menjadi lokasi perlumbaan mereka yang kebiasaann­ya bergerak dalam kumpulan dan pada waktu petang ketika cuti hujung minggu atau cuti umum.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguat kuasa Trafik (JSPT) Selangor, Superinten­dan Azman Shariat berkata, ibu bapa atau anak mereka boleh dikenakan tindakan kompaun jika didapati menunggang basikal lajak.

“Selepas ini kita akan mohon kepada timbalan pendakwa raya (DPP) untuk tuduh ke mahkamah agar dikenakan hukuman lebih berat.

“Ia bertujuan untuk mendidik mereka agar tidak mengulangi kesalahan berkenaan,” katanya.

Tindakan boleh dikenakan mengikut Peraturan 42(1)a Kaedah Lalu lintas 1959 dan Seksyen 112(3) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia