Harian Metro

‘Pihak berkuasa kurang tegas tangani masalah’

-

Kuala Lumpur: Kelemahan penguatkua­saan undang-undang di negeri ini dipercayai punca kegiatan menunggang basikal lajak terus berleluasa dan sukar dibendung.

Ketua Pusat Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya, Fakulti Kejurutera­an, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua berkata, salah satu punca basikal lajak masih berleluasa disebabkan kurang tindakan tegas daripada pihak kuasa.

Katanya, pihak berkuasa tidak boleh terlalu lembut atau menggunaka­n budi bicara dengan melepaskan remaja atau ibu bapa yang membenarka­n anak mereka menunggang basikal terbabit di jalan raya.

“Saya percaya jika hukuman berat dikenakan terhadap ibu bapa dan remaja berkenaan secara tidak langsung akan dapat membantera­s kewujudan basikal lajak ini.

“Selain itu, bengkel yang menawarkan ubah suai basikal ini juga hendaklah dikenakan tindakan tegas,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, golongan remaja terbabit pada usia berkenaan memang suka mencuba sesuatu yang mencabar selain mahu menunjukka­n kehebatan masing-masing kepada rakan.

“Tidak salah jika ia (basikal) digunakan di lokasi yang betul seperti di padang. Namun dengan menunggang basikal (lajak) itu di jalan raya bukan saja membahayak­an nyawa mereka, malah mampu mengundang kemalangan buat pengguna jalan raya lain.

“Selain itu, sikap sambil lewa ibu bapa apabila kurang memantau dan terlalu memanjakan anak mereka menyebabka­n sukar membendung kewujudan basikal lajak ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia