Harian Metro

AirAsia, AirAsia X, MA Sepang kena penalti

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (Mavcom) mengenakan penalti kewangan terhadap AirAsia Berhad (AirAsia), AirAsia X Berhad (AirAsia X) dan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MA Sepang) iaitu anak syarikat kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Ketiga-tiga pihak ini mengesahka­n bahawa mereka menerima surat daripada Suruhanjay­a berhubung pengenaan penalti kewangan terbabit pada Jumaat lalu.

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, penalti kewangan kepada AirAsia dan AirAsia X dikenakan kerana kedua-dua syarikat itu tidak mematuhi Kod Perlindung­an Pengguna Penerbanga­n Malaysia 2016 (MACPC) dengan mengenakan caj bagi kad kredit, kad debit serta yuran pemprosesa­n perbankan dalam talian yang berasingan daripada tambang asas.

Menurutnya, Suruhanjay­a mendapati bahawa AirAsia dan AirAsia X tidak mematuhi subperengg­an 3 (2) MACPC yang memperuntu­kkan syarikat penerbanga­n untuk menzahirka­n sepenuhnya harga muktamad tambang penerbanga­n.

“Setelah penilaian menyeluruh dan mengambil kira representa­si bertulis oleh kedua-dua syarikat penerbanga­n itu, Suruhanjay­a memutuskan untuk mengenakan penalti sebanyak RM200,000 terhadap AirAsia dan AirAsia X bagi ketidakpat­uhan pertama bagi tempoh mulai 1 Jun 2019 hingga 9 Ogos 2019,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, MA Sepang iaitu syarikat yang mengendali­kan operasi di kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA dan klia2) pula dikenakan penalti kewangan kerana tidak memenuhi beberapa sasaran bagi elemen kualiti perkhidmat­an yang ditetapkan oleh Mavcom pada suku pertama 2019.

Mengikut proses bagi penentuan ketidakpat­uhan, Mavcom mendapati MA Sepang gagal untuk memenuhi beberapa keperluan di dalam Rangka Kerja Kualiti Perkhidmat­an Lapangan Terbang (Rangka Kerja QoS Lapangan Terbang) bagi tempoh Januari hingga Mac 2019.

“Setelah mengambil kira representa­si bertulis daripada MA Sepang serta faktor dan sebab yang dikemukaka­n oleh pihak MA Sepang untuk mengurangk­an kuantum penalti kewangan itu, Suruhanjay­a telah mengenakan penalti sebanyak RM1,179,889 kepada MA Sepang,” katanya, semalam.

Nungsari berkata, trafik udara di Malaysia pada hari ini merekodkan lebih daripada 100 juta penumpang setahun.

 ?? Dr Nungsari ?? Penalti kewangan kepada AirAsia dan AirAsia X dikenakan kerana syarikat itu tidak mematuhi
Kod Perlindung­an Pengguna Penerbanga­n Malaysia 2016”
Dr Nungsari Penalti kewangan kepada AirAsia dan AirAsia X dikenakan kerana syarikat itu tidak mematuhi Kod Perlindung­an Pengguna Penerbanga­n Malaysia 2016”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia