Harian Metro

Ambil ilham Pasar Chatuchak

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 Meridian bangun pasar minggu Luasempit@MTC terbesar negara meliputi 3,000 unit kedai kepada peniaga

Meridian Bhd (Meridian), pemaju Bandar Pelanconga­n Malaysia (MTC) di Melaka menawarkan 3,000 unit kedai kepada peniaga melalui tarikan terbaharun­ya, pasar minggu Luasempit@MTC yang bakal beroperasi September tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seth Yap berkata, peniaga berpeluang menyewa kedai terbabit yang memiliki keluasan 100 kaki persegi setiap unit pada harga RM2,500 sebulan.

“Untuk jumlah sewaan, peniaga berpeluang memiliki kedai yang bakal dikunjungi dua juta pelancong setahun

dan akses kepada saluran omni kami iaitu 20 platform beli-belah dalam talian serantau seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina,” katanya pada majlis pengumuman Luasempit dan rakan kongsinya di sini, semalam.

Pasar minggu Luasempit@MTC yang dibuka setiap Jumaat dan Sab tu bakal menjadi pasar minggu terbesar dunia dengan keluasan sehingga 40.46 hektar.

Katanya, 40 peratus daripad lokasi berkenaan adalah tasik dan ia mengambil inspirasi daripada pasar minggu Chatuchak iaitu destinasi beli-belah popular di Thailand yang berjaya menarik 200,000 pelawat sehari.

Beliau berkata, pada masa ini sambutan terhadap unit kedai itu menggalakk­an dengan 40 peratus peniaga sudah mendaftark­an minat masing-masing. “Bagaimanap­un, kami tidak akan mencari sehingga 3,000 penyewa kerana sesetengah daripada mereka akan mengambil lebih daripada satu unit,” katanya pada majlis perjanjian dan mengumumka­n kerjasama dengan rakan kongsinya.

Rakan kongsi iaitu airasia.com, Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (Matta) serta Traveloka bagi mempromosi­kan pasar minggu Luasempit dan MTC di pasaran domestik dan luar negeri.

Yap berkata, pihaknya merancang menganjurk­an pasar minggu yang akan menampilka­n produk yang boleh didapati secara harian bagi membolehka­n peniaga menjalanka­n operasi perniagaan di tempat lain.

“Ini strategi kami bagi membina usahawan tempatan. Melalui pasar yang beroperasi pada hujung minggu, peniaga tidak perlu berhenti kerja jika mereka memiliki sumber pendapatan lain pada hari biasa.

“Apabila pendapatan perniagaan daripada pasar kami dan saluran omni stabil, mereka boleh memberi fokus kepada pengukuhan perniagaan mereka,” katanya.

 ??  ?? YAP menunjukka­n model pasar minggu Luasempit@MTC di Bandar Pelancanga­n Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
YAP menunjukka­n model pasar minggu Luasempit@MTC di Bandar Pelancanga­n Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia