Harian Metro

Jack Ma lepas jawatan di Alibaba

-

Jack Ma melepaskan jawatannya dalam Alibaba Group Holding Ltd selepas menerajui satu daripada syarikat yang menghasilk­an kekayaan luar biasa yang pernah dilihat dunia.

Bekas guru bahasa Inggeris itu melepaskan jawatan sebagai pengerusi eksekutif syarikat terbesar China pada hari jadinya ke-55 selepas mengumpul kekayaan bernilai AS$41.8 bilion (RM174 bilion), rekod individu paling kaya di Asia yang hanya diatasi hartawan dari India, Mukesh Ambani, menurut Indeks Hartawan Bloomberg.

Pencapaian hebatnya itu bermula daripada usahanya bekerja di pangsapuri­nya pada 1999 untuk menubuhkan empayar e-perniagaan yang mencermink­an evolusi China dari negara yang mundur teknologi kepada ekonomi kedua terbesar dunia ketika ini.

Sepanjang dua dekad, Ma dan pengasas bersamanya membina perniagaan syarikat itu sehingga menjadi gergasi bernilai AS$460 bilion (RM1.92 trilion) hingga mengatasi EBay Inc dan Amazon.com Inc.

Ahli perniagaan yang paling dikenali di negaranya itu menyerahka­n jawatan itu kepada Daniel Zhang, satu peralihan penting untuk syarikat terbesar di Asia.

 ??  ?? MA
MA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia