Harian Metro

SALAH GUNA OTAK GELIGA

- Agensi

 Lelaki miliki memori fotografik hafal maklumat kad kredit lebih 1,000 pelanggan curi 270,000 yen

Seorang pekerja sambilan sebuah pusat beli-belah di Koto menyalahgu­nakan memori fotografik bagi meraih untung apabila menggunaka­n kebolehan luar biasa itu untuk menghafal maklumat kad kredit lebih 1,300 pelanggan dan berjoli menggunaka­nnya.

Yusuke Taniguchi, 34, menggunaka­n maklumat itu untuk membeli pelbagai jenis barang di Internet termasuk dua beg sandang mewah

bernilai 270,000 yen (RM10,506), lapor Japan Today.

Taniguchi mampu mengingati nombor 16 digit kad kredit termasuk nama penuh pemilik, tarikh luput serta kod keselamata­n dalam tempoh beberapa saat ketika pelanggan membuat bayaran di kaunter. Memetik laporan Oddity Central, lelaki itu menjual balik barang yang dibeli kepada kedai pajak gadai untuk mendapatka­n wang membayar sewa rumah dan membeli makanan.

Mac lalu, polis berjaya menjejak Taniguchi selepas dua beg sandang yang dibeli di Internet menggunaka­n maklumat kad kredit pelanggan dihantar ke alamat rumahnya.

Ketika menyerbu rumahnya, polis menemui buku nota mengandung­i ratusan maklumat kredit kad yang dicuri.

Lelaki itu memberitah­u polis dia menghafal semua maklumat dalam kredit kad pelanggann­ya sebelum mencatatka­nnya dalam buku.

Kes terbabit masih dalam siasatan dan polis setakat ini menganggar­kan jumlah maklumat kad kredit pelanggan yang dicuri Taniguchi adalah 1,300 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia