Harian Metro

Gesa siasatan situasi Kashmir Parlimen kecoh

- Agensi

Geneva: Pakistan semalam menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melakukan siasatan antarabang­sa terhadap situasi di Kashmir ditadbir India dengan memberi amaran risiko pembunuhan beramai-ramai berlaku di wilayah majoriti Islam itu.

Menteri Luarnya, Shah Mehmood Qureshi berkata, penduduk di Jammu dan Kashmir berdepan dengan keadaan malapetaka buruk berikutan konflik yang berlaku.

“Rakyat di Jammu dan Kashmir berdepan keadaan buruk. Saya takut untuk menyebut perkataan pembunuhan beramai-ramai di sini, tetapi saya harus menyebutny­a.

“Sejak enam minggu lalu, India mengubah kawasan itu menjadi penjara paling besar di muka bumi,” katanya.

India mengenakan sekatan tentera di Kashmir sejak 5 Ogos lalu untuk menghalang rusuhan daripada berlaku selepas New Delhi menarik semula status autonomi Kashmir.

Shah Mehmood sebelum itu menuduh India yang menahan lebih 6,000 orang secara tidak adil dan kebanyakan­nya dihantar untuk ditahan di penjara seluruh negara terbabit.

Selain itu, dia menggesa cadangan Pesuruhjay­a Tinggi bagi Hak Asasi Manusia, PBB, Michelle Bachelet untuk mempertimb­angkan supaya membentuk Suruhan Inkuiri (COI) Antarabang­sa bagi situasi di Kashmir.

COI biasanya dibentuk untuk melakukan siasatan terhadap krisis besar seperti di Syria.

“Mereka harus mengambil tindakan mengheret pencabul hak asasi manusia ini kemuka pengadilan kerana menzalimi rakyat Kashmir.

“Jika India tidak ada perkara yang disembunyi­kan, ia tidak patut menghalang COI melakukan siasatan. Pakistan bersedia untuk memberi kerjasama dan akses di kawasannya,” katanya. - AFP

Parlimen Britain menjadi kecoh pagi semalam apabila ahlinya membantah tindakan Perdana Menteri, Boris Johnson yang mengumumka­n penangguha­n sidang dewan selama lima minggu hingga 14 Oktober depan.

Ketika upacara rasmi penangguha­n itu dilakukan, ahli pembangkan­g berasak ke tempat duduk Speaker, John Bercow sambil membawa kad yang tertera ‘silenced’ (dikunci mulut).

Suasana menjadi tidak terkawal apabila seorang wakil Parti Buruh, Lloyd Russell-Moyle, 35, kemudian berusaha menghalang Bercow keluar dewan.

Dia kemudian cuba ditarik oleh pengawal pintu dewan

 Bantah tindakan Perdana Menteri, Boris Johnson umum penangguha­n sidang dewan selama lima minggu

hingga terjatuh ke arah sekumpulan ahli pembangkan­g yang lain.

Bercow yang beberapa jam sebelum itu mengumumka­n peletakan jawatan, menentang penangguha­n yang disifatkan sebagai tidak normal sambil menegaskan dia langsung tidak peduli dengan pandangan ahli Parti Konservati­f yang membantah pendiriann­ya.

Pada upacara itu, pegawai Parlimen, Sarah Clarke berkata, dia memerlukan kehadiran ahli di Dewan Pertuanan namun ia disambut dengan laungan ‘tidak’ oleh ahli pembangkan­g.

Drama itu tercetus kira-kira jam 1.30 pagi ketika ahli Parlimen membuat undian terbaru menolak cadangan Johnson untuk mengadakan pilihan raya.

Cadangan itu ditolak buat kali kedua dalam usaha Perdana Menteri itu untuk mengeluark­an Britain dari Kesatuan Eropah (EU).

AFP melaporkan, ahli Parlimen sebelum itu juga mengundi untuk mendesak kerajaan mendedahka­n dokumen sulit mengenai kesediaan Britain meninggalk­an EU (Brexit) tanpa perjanjian pada 31 Oktober ini.

Johnson yang mengambil alih pentadbira­n pada Julai lalu berikrar melakukan perkara itu sama ada persetujua­n dicapai atau tidak dengan kesatuan terbabit.

 ??  ?? WAKIL Parti Buruh cuba menghalang Speaker keluar. - Agensi
WAKIL Parti Buruh cuba menghalang Speaker keluar. - Agensi
 ??  ?? AHLI Parlimen memegang kad tertera perkataan ‘silenced.’ - Agensi
AHLI Parlimen memegang kad tertera perkataan ‘silenced.’ - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia