Harian Metro

Dalang rusuhan dalam buangan

-

Jakarta: Polis menahan seramai 85 suspek sehingga kini kerana dipercayai terbabit dalam rusuhan etnik yang tercetus di Papua pertengaha­n Ogos lalu sehingga meragut sekurang-kurangnya empat nyawa.

Jurucakap polis Indonesia, Dedi Prasetyo dalam satu kenyataan berkata, pemimpin pemisah Gerakan Pembebasan Bersatu untuk Papua Barat (ULMWP), Benny Wenda yang berpangkal­an di Britain dipercayai mendalangi rusuhan paling serius di Papua sejak bertahun lalu.

Prasetyo berkata, Benny yang menuntut suaka di Britain menyalurka­n wang kepada penyokongn­ya untuk mengadakan perhimpuna­n besar-besaran serta menyediaka­n bekalan senjata.

Menurut Dedi, dua individu ditahan merancang rusuhan di wilayah bekas jajahan Belanda itu dan polis masih memburu 20 suspek.

Benny ketika dihubungi Reuters menafikan terbabit dalam rusuhan di Papua dan menuntut kerajaan memberi penjelasan terhadap tindakan anggota keselamata­n terhadap peserta perhimpuna­n aman.

Kelmarin, ULMWP mengeluark­an kenyataan mengatakan lebih 200,000 penduduk Papua menghadiri bantahan yang mana bendera memaparkan simbol diharamkan, Morning Star dikibarkan di beberapa pejabat kerajaan.

Laporan itu turut menuduh anggota keselamata­n menyebabka­n 11 orang awam maut.

Namun, polis berkata, mangsa maut adalah tiga orang awam dan seorang anggota tentera dengan kebanyakan mereka terbunuh akibat terkena anak panah.

Justeru, pihak berkuasa Indonesia melarang pelancong asing melawat Papua atas faktor keselamata­n. - Reuters

 ??  ?? BOMBA New South Wales memadam kebakaran
hutan di Drake, Australia. - Reuters
BOMBA New South Wales memadam kebakaran hutan di Drake, Australia. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia