Harian Metro

Biar anjing makan anu

- Agensi

 Kumpulan kongsi gelap guna anjing hukum perogol dengan cara paling kejam

Beberapa anggota kumpulan kongsi gelap dilaporkan menyeksa seorang perogol dengan membogelka­n lelaki itu sebelum membiarkan seekor anjing memakan kemaluanny­a.

Mirror Online melaporkan, lelaki berusia 30-an itu ditangkap kumpulan berkenaan selepas dipercayai merogol seorang wanita di bandar ini pada bulan lalu.

Dalam rakaman video mengerikan yang disiarkan baru-baru ini, lelaki itu dilihat digari dalam keadaan

bogel dan dikeliling­i beberapa lagi lelaki.

Seekor anjing jenis pit bull kemudian menggigit dan memakan kemaluan lelaki berkenaan.

Lelaki itu menjerit kesakitan sebelum seorang lelaki menutup mulutnya dengan kain.

Bagaimanap­un, nasib lelaki berkenaan tidak dapat dipastikan sama ada dia hidup atau meninggal dunia akibat kecederaan parah itu.

Kumpulan itu menyiarkan video berkenaan sebagai amaran kepada orang lain supaya tidak melakukan tindakan serupa.

Kes pembunuhan kejam dilaporkan semakin meningkat di Mexico dengan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap antara punca utama. Kejadian rogol juga dilaporkan semakin berleluasa hingga orang ramai mengambil tindakan sendiri dengan membunuh suspek kerana kelewatan pihak berkuasa mengambil tindakan.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n seekor anjing memakan kemaluan seorang perogol yang ditangkap anggota kumpulan kongsi gelap Mexico. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n seekor anjing memakan kemaluan seorang perogol yang ditangkap anggota kumpulan kongsi gelap Mexico. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia