Harian Metro

Anggota polis bunuh ahli keluarga

-

Amsterdam: Seorang anggota polis menembak mati dua anaknya, sebelum melepaskan tembakan terhadap isteri dan membunuh diri di kediamanny­a di bandar Dordrecht di sini, pagi semalam.

Jurucakap polis, Miriam Slot berkata, tindakan anggota polis berusia 34 tahun itu pada mulanya menyebabka­n isterinya parah, namun wanita itu malangnya meninggal dunia di hospital beberapa jam kemudian, lapor AFP.

“Isterinya berusia 28 tahun, manakala anaknya masing-masing berusia lapan tahun dan 12 tahun,” katanya dipetik Reuters.

Jurucakap pendakwa raya Rotterdam Rubinia Tjon-A-Sam berkata: “Kami masih menyiasat kejadian, tetapi percaya ia berkaitan drama keluarga.”

Media tempatan melaporkan anggota polis berkenaan dan isterinya masih tinggal bersama walaupun dalam proses bercerai.

Kejadian itu mengejutka­n Belanda, di mana kematian akibat senjata api amat jarang berlaku. - Agensi

 ??  ?? PAKAR forensik menyiasat tempat kejadian. - EPA
PAKAR forensik menyiasat tempat kejadian. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia