Harian Metro

RAP Sudah temui identiti

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Paling penting baginya ialah berusaha dan percaya rezeki tiba apabila sampai waktu

Antara peserta awal yang tersingkir dalam sebuah pertanding­an realiti tahun lalu, kekecewaan Andi Bernadee akhirnya terubat apabila lagu Satu Peluang membuka laluan lebih luas untuk terus berdiri kukuh di persada seni muzik tanah air.

Kata Andi, lagu itu sepatutnya dinyanyika­n di pentas akhir namun tidak kesampaian apabila undian daripada peminat tidak mencukupi untuk terus berada di pentas berkenaan.

Siapa sangka, walaupun Satu Peluang tidak diperkenal­kan pada pertanding­an itu, ia tetap menarik perhatian umum hinggakan jumlah tontonan video muzik rasmi di YouTube mencecah lebih 18 juta sejak dimuat naik pada 10 Oktober 2018.

“Sebenarnya, lagu ini sudah disediakan lebih awal untuk saya nyanyikan pada pentas akhir pertanding­an itu tetapi rezeki hanya setakat minggu kedua. Namun, saya minta pada label untuk tetap mengeluark­an lagu ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia