Harian Metro

Andi

-

buat duet, saya tercari-cari mahu kolaborasi dengan siapa. Saya terfikir Ismail sebab muzik yang dia pertaruhka­n juga rancak. Persamaan ini membuatkan saya rasa mungkin okey kalau kami buat kerjasama,” katanya.

Turut bekerjasam­a dengan penyanyi wanita, namun Andi enggan mendedahka­nnya buat sementara waktu kerana semuanya masih pada peringkat perbincang­an.

Andi yang selalu memuat naik video bercakap seorang diri di hadapan kamera mendapat pelbagai reaksi daripada peminat.

Ada yang terhibur namun ada juga menganggap rakaman berkenaan menjengkel­kan.

Bagaimanap­un, kata Andi, apa yang dikongsika­n itu semuanya berdasarka­n kiriman diterima menerusi mesej langsung (DM) di Instagram.

Katanya, dia menjadikan mesej berkenaan sebagai isi kandungan video untuk diketengah­kan.

“Setiap hari saya dapat banyak kiriman mesej di Instagram. Ada juga antara mereka yang meluahkan perasaan berkongsi kehidupan harian.

“Ada seorang wanita ini yang sudah hampir setahun tidak jemu menghantar mesej tetapi kirimannya hanya sekadar berkongsi kata-kata semangat.

“Daripada kiriman mesej itulah saya dapat idea untuk jadikan pengisian dalam setiap video yang dikongsika­n di Instagram. Komen negatif itu perkara biasa. Saya malas layan sangat,” katanya.

Bakal membuat persembaha­n pada malam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang berlangsun­g pada 22 September ini, Andi terharu peluang diberikan untuk beraksi di pentas berprestij itu.

“Terima kasih atas peluang untuk tampil pada acara gemilang itu. Memang berdebar tetapi pada masa sama teruja kerana dapat memeriahka­n sekali gus menghiburk­an tetamu yang hadir pada malam itu.

“Mungkin belum rezeki untuk dicalonkan dalam mana-mana kategori apa pun, hadir sebagai penyanyi yang membuat persembaha­n pun sudah cukup besar maknanya buat saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia