Harian Metro

Bertemu lepaskan kerinduan

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

Penganjura­n Malam Amal Kembara Seni Naluri bersama Awang BPR di I-Cafe Biker Station, Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini mengembali­kan semula nostalgia era muzik 1990an.

Selain Awang, hadir memeriahka­n majlis itu adalah Anuar Slash, Blank Gamma, Linda Eva, Shima, Joey BPR, Rahmat Mega, Soffi Jikan, Man Kidal, penulis lirik, S Amin Shahab; LY dan Baiduri.

Awang berkata, dia menadah kesyukuran kerana program dirancang berjalan lancar dan mempertemu­kan semula rakan artis yang pernah mewarnai industri muzik tanah air.

“Program ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menghargai sahabat dan peminat.

“Selain berhibur, tujuan kami untuk membantu Shima yang dihimpit kesulitan hidup,” katanya kepada RAP.

Melalui jualan meja, katanya, kira-kira 400 rakan artis dan peminat menjayakan program dengan disajikan persembaha­n nyanyian, cabutan bertuah, makan malam dan jualan produk Bumiputera.

Antara lagu diperdenga­rkan adalah hasil ciptaan Awang sendiri iaitu Taman Astakona, Segalanya Ku Terima, Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Hanya Padamu, Lahar Cinta, Naluri Cinta, Patahnya Sayap Malam, Bahang Asmara, Luka Dilukai, Harum Subur Di Hati dan Dari Sinar Mata.

Pada majlis itu, lagu baharu berjudul You’re My Friend nyanyian penyanyi cilik, Aliesha, Ariesha dan Haziq Firdaus turut dilancarka­n.

Awang juga menzahirka­n kesyukuran kerana tiga usahawan iaitu Datuk Seri Wan Md Jamal Md Saman, Datuk Abdul Wahab Mohd Mydin dan Datuk Mohd Nasri Abd Rahim mengumumka­n bantuan kepadanya serta Shima masingmasi­ng berjumlah RM5,000.

“Bantuan ini bertujuan meringanka­n beban kerana saya menghidap masalah jantung pada 2017 dan Shima berdepan masalah tulang belakang (slipped disc) sejak 2013.

“Inilah dilema artis era 1990an yang diketepika­n dan kami perlu menganjurk­an program sendiri untuk membantu rakan,” katanya.

Program itu menerima kunjungan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi Zon

24, Zulnizam Shahrani dan Setiausaha Kehormat Zon 24, Adnan Sharif.

Kata Awang, dia menghargai

400 artis, peminat jayakan program Malam Amal Kembara Seni Naluri bersama Awang BPR

 ?? Awang ?? Inilah dilema artis era 1990-an yang diketepika­n dan kami perlu menganjurk­an program sendiri untuk membantu rakan
BARISAN artis 90-an yang menjayakan Malam Amal Kembara Seni.
Awang Inilah dilema artis era 1990-an yang diketepika­n dan kami perlu menganjurk­an program sendiri untuk membantu rakan BARISAN artis 90-an yang menjayakan Malam Amal Kembara Seni.
 ??  ?? SHIMA terharu menerima sumbangan.
SHIMA terharu menerima sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia