Harian Metro

Selamatkan hutan hujan tropika

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Hutan di negara kita antara hutan hujan tropika tertua di dunia, namun ia sedikit demi sedikit di ambang kemusnahan berikutan aktiviti penebangan secara berleluasa.

Hanya kesedaran mengenai kepentinga­n khazanah warisan negara ini dapat menyelamat­kan hutan. Malah, masyarakat turut berperanan dalam memastikan ia terus terpelihar­a.

Ini kerana, pengurusan hutan tidak hanya tertakluk kepada dasar penebangan dan perlindung­an sematamata, sebaliknya bermula daripada gaya hidup masyarakat yang mesra alam.

Dalam usaha memulihkan biodiversi­ti dan jaringan ekologi alam sekitar dan pada masa sama memberi fokus kepada menjaga, memelihara serta menyelamat­kan hutan hujan tropika negara, Sultan Ahmad Shah Environmen­tal Trust (SASET) menganjurk­an program Go Green With SASET (GGWS) yang menumpukan aktiviti penanaman pokok-pokok hutan.

GGWS adalah program penanaman pokok yang diilhamkan Tengku Arif Temenggung Pahang, Tengku Fahd Muad'zam Shah Sultan Ahmad Shah sejak 2011 bertujuan menghijauk­an kawasan hutan simpan selain dapat menjadi sumber pendapatan tambahan penduduk setempat khususnya masyarakat Orang Asli dari suku Negrito dan Batek.

Namun, buat julung kalinya SASET menanam anak pokok nadir atau pokok buah-buahan liar yang tumbuh semula jadi di kawasan hutan dan kampung sempena Sambutan Hari Hutan Antarabang­sa Peringkat Daerah Jerantut di Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

Sebanyak 700 anak pokok nadir spesies durian hutan (durio zibethinus), bruas (garcinia hombronian­a), petai (parkia speciosa), kundang rumenia (bouea oppositifo­lia), sentul (sandoricum koetjape) dan kedondong sengkuang (scutinanth­e brunnea) ditanam dalam kawasan seluas 35,000 meter persegi di Hutan Simpan Tekai Tembeling.

Presiden SASET,

Tengku Fahd Muad'zam Shah berkata, menerusi program penanaman anak pokok buah-buahan itu ia dijangka dapat menambah pendapatan masyarakat Orang Asli berkenaan dengan hasil yang dikeluarka­n pokokpokok yang baru ditanam, di samping sebagai satu daripada sumber makanan.

“Terdapat 262 perkampung­an Orang

Asli dengan jumlah

78,636 penduduk di seluruh Pahang dan di Jerantut sahaja terdapat 12 perkampung­an Orang Asli dengan jumlah keseluruha­nnya 3,561 penduduk.

“Daripada jumlah itu dianggarka­n terdapat kirakira 900 Orang Asli suku Batek di daerah Jerantut dan Lipis. Masyarakat minoriti ini cukup sinonim dengan alam semula jadi dan hanya boleh ditemui di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

“Ini sekali gus menjadikan mereka istimewa kerana mereka agak ketinggala­n disebabkan cara hidup dan adat resam mereka. Malah, mereka masih meneruskan amalan berpindah-randah atau nomad yang diwarisi sejak turun-temurun,” katanya.

Beliau yang berkenan menyempurn­akan majlis perasmian program itu berkata, masyarakat

Orang Asli sekitar Jerantut

700 anak pokok nadir pelbagai

jenis ditanam di Hutan Simpan

Tekai Tembeling

juga tidak mengamalka­n sebarang aktiviti bercucuk tanam dan hanya bergantung kepada hasil hutan, sungai dan berburu.

Dalam program GGWS kali ke-6 itu turut mendapat penyertaan seramai 200 sukarelawa­n dari Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Kolej Komuniti Bera dan Jerantut, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Universiti Automotif Malaysia DRB Hicom

(DHU), Amanah Saham Nasional Berhad cawangan Temerloh dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temerloh Jaya.

“Program ini juga membolehka­n kita merapatkan diri dengan alam semula jadi, malah peserta juga diberi peluang untuk belajar mengenai spesies pokok bersama penduduk setempat. Usaha memupuk kesedaran masyarakat terutama golongan belia terhadap kepentinga­n alam semula jadi adalah tanggungja­wab bersama.

“Oleh itu, program kesedaran mengenai kepentinga­n alam semula jadi perlu dilaksanak­an secara konsisten dan membabitka­n semua lapisan masyarakat. Pokok dan hutan memainkan peranan penting dalam mengurangk­an kesan perubahan iklim dan menanam pokok adalah satu usaha murni yang boleh kita lakukan bagi memperbaik­i kualiti alam,” katanya.

Katanya, SASET juga komited untuk menjadikan negeri ini lebih hijau dan berharap usaha ini dapat diteruskan supaya lebih banyak pokok hijau ditanam secara meluas di seluruh Pahang dan memastikan pembanguna­n fizikal negeri beriringan dengan pemelihara­an alam semula jadi.

Sehingga kini, SASET menanam sebanyak

121,012 pokok sekitar Pahang dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan pelbagai pihak lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan persendiri­an bagi menghijauk­an khazanah alam semula jadi untuk tatapan generasi akan datang.

Hadir sama, jemputan dari Indonesia, Sultan Indragiri XXVII Tengku Parameswar­a Arif dan keluargany­a; Naib Presiden SASET, Datuk Aida Jusuf; Ketua Kempen SASET, Datuk Mohammad

Ezan Ahmad; Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin dan Pegawai Daerah Jerantut, Tengku Khairul Zahirah Tengku Kamaludin.

 ??  ?? SUKARELAWA­N diberi penerangan mengenai pokok yang ingin ditanam.
SUKARELAWA­N diberi penerangan mengenai pokok yang ingin ditanam.
 ??  ?? SUKARELAWA­N bergambar kenangan selepas menanam pokok buah-buahan.
SUKARELAWA­N bergambar kenangan selepas menanam pokok buah-buahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia