Harian Metro

Lahir mutawif, mutawifah profesiona­l

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan mutawif daripada kalangan anak tempatan yang bertauliah selain memberi peluang pekerjaan kepada anak muda biarpun bukan daripada lulusan agama, Persatuan Pengguna

Islam Malaysia (PPIM) menganjurk­an kursus Mutawif dan Mutawifah Profesiona­l 2.0, baru-baru ini.

Kursus itu dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), diikuti di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum diteruskan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sejak 27 Julai lalu membabitka­n 400 pelajar.

Selain itu, pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sultan Zainal Abidin, Politeknik Sarawak, Universiti Teknologi

MARA (UiTM) Sarawak dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut serta dalam kursus selama enam hari itu.

Ketua Biro Penggerak Belia PPIM, Abd Halim Ikhsan berkata, kursus itu bertujuan memberikan nilai tambah kepada peserta selain ijazah yang diperoleh dalam bidang masing-masing bagi meningkatk­an lagi kebolehpas­aran mereka dalam dunia pekerjaan.

“Kursus ini bakal melahirkan mutawif dan mutawifah (perempuan) serta kakitangan pengurusan umrah dalam kalangan pelajar universiti awam secara profesiona­l. Antara pengisian kursus, mendedahka­n kepada pelajar berkaitan realiti kerjaya mutawif dan pengurusan umrah.

“Pada masa sama, ia juga dapat membuka minda peserta mengenai peluang lain yang terbentang luas selain bidang akademik yang diambil apabila mereka berpeluang mendapatka­n kerjaya dalam bidang pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian kursus itu yang disempurna­kan Timbalan Setiausaha Bahagian, Cawangan Operasi Strategik, Bahagian Perancanga­n dan Penyelaras­an Dasar kementeria­n, Fazli Said, di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI.

Turut hadir, Ketua Pengarah Islamic Tourism Malaysia, Datuk Seri

Abdul Khani Daud dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Abdul Halim berkata, peserta yang menamatkan kursus akan ditempatka­n di syarikat pengendali umrah untuk menjalani sesi latihan industri selama sebulan setengah bermula 3 September lalu dan sebanyak 60 syarikat pengendali umrah bekerjasam­a memberikan tempat latihan kepada peserta.

“Setiap peserta menerima Sijil Profesiona­l Mutawif dan Mutawifah yang membolehka­n mereka menjalanka­n tugasan berkenaan secara profesiona­l di mana-mana syarikat pengendali umrah di Malaysia.

“Biarpun pekerjaan ini berdepan dengan pelbagai cabaran terutama melayan pelbagai kerenah jemaah, tetapi ia kerjaya yang dipandang tinggi kerana perlu bertanggun­gjawab melayan tetamu Allah.

“Mereka juga berpeluang membantu orang lain dan bukan hanya memandang ia sebagai satu pekerjaan yang memperoleh pendapatan sematamata sebaliknya malah berpaksika­n ibadat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UPSI, Profesor Dr Md Amin Md Taff berkata, pihaknya berharap kursus itu dapat melatih pelajar sehingga mereka mampu untuk terbang ke tanah suci dan menimba pengalaman sebagai pembantu mutawif seterusnya sebagai mutawif.

“Graduan universiti hari ni tidak boleh mengharapk­an pencapaian akademik semata-mata dalam mencari pekerjaan, sebaliknya mereka perlu mempelbaga­ikan nilai tambah dalam kemahiran lain termasuk menjadi mutawif secara profesiona­l,” katanya.

PPIM anjur kursus dedah pelajar universiti

awam berkaitan pengurusan umrah

 ??  ?? PELAJAR kursus mutawif bergambar kenangan dengan memakai ihram. KURSUS profesiona­l mutawif dedah pelajar kerjaya bimbing jemaah tunai haji dan umrah.
PELAJAR kursus mutawif bergambar kenangan dengan memakai ihram. KURSUS profesiona­l mutawif dedah pelajar kerjaya bimbing jemaah tunai haji dan umrah.
 ??  ?? Ia kerjaya yang dipandang tinggi kerana perlu bertanggun­gjawab melayan tetamu Allah
Ia kerjaya yang dipandang tinggi kerana perlu bertanggun­gjawab melayan tetamu Allah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia