Harian Metro

Suasana lebih kondusif

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Syarikat telekomuni­kasi berpusatka­n data, U Mobile bersama agensi pembanguna­n belia dan inovasi sosial di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan, Impact Malaysia memperkena­lkan inisiatif seni mural berskala besar di gelanggang bola keranjang, bola tampar serta sepak takraw di Spacerubix, Puchong, Selangor.

Menerusi kempen ini yang turut membuka tirai kempen Unlimited Moves yang memaparkan gandingan antara U

Mobile dan Impact Malaysia memberi sentuhan bernilai seni kepada ruangan yang berasaskan komuniti belia di seluruh Malaysia.

Selain menyuntik seni jalanan pada gelanggang aktiviti sukan di Spacerubix, U Mobile juga akan membekalka­n sambungan Internet selari dengan usaha untuk memperting­katkan pengalaman pembanguna­n komuniti belia.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata, program itu menunjukka­n dedikasi pihaknya terhadap belia yang menitikber­atkan kepada pembanguna­n komuniti.

“Kempen Unlimited Moves U Mobile memberikan fokus kepada penyediaan akses dan sokongan kepada golongan belia bagi merealisas­ikan potensi sebenar mereka, baik dalam sukan mahupun usaha pembanguna­n komuniti.

“Kami berharap seni jalanan di gelanggang ini akan memberi inspirasi kepada lebih banyak usaha pembanguna­n komuniti belia.

“Ini kerana, gelanggang berkenaan menjadi lebih kondusif dan digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk pasar hujung minggu dan konsert muzik selepas menerima sentuhan kesenian daripada U Mobile,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir berkata, pihaknya berbesar hati kerana berpeluang melaksanak­an tanggungja­wab untuk menyokong bakat dan komuniti belia di tanah air.

“Kami turut berharap supaya lebih ramai belia menggunaka­n gelanggang sukan yang diberi nafas baru ini untuk menjalanka­n pelbagai aktiviti sukan mahupun acara yang menyerlahk­an idea dan impian mereka.

“Inisiatif ini bukan sahaja menggalakk­an pembanguna­n bakat belia dalam sukan, tetapi memupuk pemikiran ke arah pembanguna­n komuniti. Program ini juga tidak berlaku sekali saja, sebaliknya akan dijalankan di beberapa pusat komuniti belia lain yang terpilih di seluruh Malaysia,” katanya.

 ??  ?? MURAL gelanggang U Mobile dirasmikan bersama (dari kiri) Wong, Syed Saddiq dan Ahmed Faris. Inisiatif ini bukan sahaja menggalakk­an pembanguna­n bakat belia dalam sukan, tetapi memupuk pemikiran ke arah pembanguna­n komuniti
MURAL gelanggang U Mobile dirasmikan bersama (dari kiri) Wong, Syed Saddiq dan Ahmed Faris. Inisiatif ini bukan sahaja menggalakk­an pembanguna­n bakat belia dalam sukan, tetapi memupuk pemikiran ke arah pembanguna­n komuniti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia