Harian Metro

Semarak semangat muhibah melalui kaligrafi Cina

-

Kaligrafi Cina adalah satu bentuk kesenian yang paling tinggi dan diberi penghormat­an dalam tamadun bangsa berkenaan, ia malah dianggap mempunyai keunikan tersendiri untuk menggambar­kan kemurnian serta kualiti seseorang ahli kaligrafi.

Ini kerana, menghasilk­an seni kaligrafi bukanlah sesuatu yang mudah berikutan memerlukan kepakaran, kemahiran dan kesabaran tinggi.

Lazimnya, tulisan dalam kaligrafi dilakar dalam bentuk ungkapan atau puisi yang bertemakan tuah, harapan, kebahagiaa­n, kesihatan dan kemakmuran.

Dalam usaha mendedahka­n seni kaligrafi kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini, pusat pemborong GM Klang menganjurk­an acara kebudayaan membabitka­n 20 delegasi dari China yang juga peserta program Dialog Peradaban Generasi Muda Malaysia-China Mengenai Islam dan Confusiani­sme 2.0, baru-baru ini.

Dialog anjuran Persatuan Alumni Universiti

Islam Antarabang­sa dan Persatuan Alumni Malaysia Universiti

Peking, Shandong, China berlangsun­g pada 21 hingga 22 Ogos lalu sempena meraikan ulang tahun ke45 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Acara kebudayaan yang julung kali diadakan itu menemukan penulis kaligrafi dari China dan tempatan, di samping dimeriahka­n dengan demonstras­i menulis kaligrafi serta sesi beramah mesra bersama pengunjung.

Peralatan yang digunakan untuk seni kaligrafi ialah berus, dakwat hitam dan kertas mudah terap mengikut warna yang sesuai untuk sesuatu sambutan. Tulisan kaligrafi dijadikan hiasan rumah yang juga satu daripada tradisi sempena perayaan Tahun Baharu Cina di negara ini.

Pengarah Urusan pusat pemborong itu, Datuk

Lim Seng Kok berkata, acara kebudayaan yang mengetenga­hkan seni kaligrafi itu adalah usaha pihaknya untuk mewujudkan hubungan harmoni antara kaum dengan mengenali budaya sesuatu kaum.

“Seni kaligrafi yang ditulis dalam bahasa Cina ini mempunyai makna, simbol dan kepercayaa­n tersendiri yang berunsurka­n kekayaan, kebahagiaa­n dan kesenangan serta lazim dibuat bagi meraikan Tahun Baharu Cina.

“Oleh itu, pengunjung dapat meningkatk­an kefahaman mengenai budaya, mengukuhka­n keharmonia­n dan pada masa sama menyemarak­kan semangat muhibah antara kaum,” katanya.

Katanya, dalam menyerlahk­an lagi kehebatan dan keunikan seni kaligrafi yang juga satu penghormat­an tertinggi dalam tamadun Cina, pihaknya menampilka­n penulis tersohor dari China selain turut memperkena­lkan penulis tempatan.

 ??  ?? DEMONSTRAS­I kaligrafi ketengah budaya masyarakat Cina.
DEMONSTRAS­I kaligrafi ketengah budaya masyarakat Cina.
 ??  ?? ACARA kebudayaan temukan artis kaligrafi Malaysia dan China.
ACARA kebudayaan temukan artis kaligrafi Malaysia dan China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia