Harian Metro

HATI PENANGAN KUDAP-KUDAPAN

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Tidak kenyang makan kerepek, tetapi jangan lupa kalorinya sangat tinggi

Berapa ramai wanita hari ini yang menolak makanan ringan seperti kentang goreng, keropok berperisa dan pelbagai jenis jajan atas faktor diet, tetapi menikmati kerepek ubi serta pisang tanpa rasa bersalah?

Mungkin bagi mereka kudapan yang dihasilkan sendiri daripada sumber karbohidra­t seperti ubi kayu, keledek dan pisang tergolong dalam kalangan snek sihat. Namun realitinya, ramai yang tersilap.

Menurut Pengasas AF Fitness, Rohani Mat Yaman, kerepek dikategori­kan sebagai makanan yang mempunyai jumlah kalori tinggi.

“Jenis kudapan sebegini disukai ramai kerana sifatnya yang rangup, masin dan manis serta mudah melekakan ketika dimakan. Lazimnya, kita tidak sedar kerepek habis sebalang ketika bersembang, membelek telefon atau menonton televisyen.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia