Harian Metro

Sarapan berkhasiat untuk si manja

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Pilih bijirin, buah-buahan sebagai asas masakan, guna

kreativiti

Menyediaka­n sarapan sihat tidak memerlukan masa yang panjang. Apa yang utama bahan hendak digunakan. Ia haruslah mengenyang­kan, tinggi serat dan protein serta enak dinikmati bersama keluarga.

Namun, kesibukan kerja sering dijadikan alasan oleh ibu bapa untuk menyediaka­n hidangan sarapan berkhasiat buat si manja tersayang.

Pelajari resipi mudah dengan mencuba pelbagai helah menarik setiap kali anda memasak. Bagi yang jarang ke dapur, pilih asas masakan yang boleh dipelbagai­kan rasanya.

Jadikan sumber bijirin, protein dan buah-buahan sebagai bahan utama setiap kali menyediaka­n sarapan. Kemudian, cabar daya kreativiti dengan mengubah aksesori dan gaya masakan.

Resipi untuk hidangan sarapan ringkas, bubur jagung kurma dan puding roti sihat menggunaka­n susu segar Dutch Lady. Ajak anak untuk turut serta menyediaka­n hidangan untuk mewujudkan pagi yang ceria.

kenapa perlu minum susu?

Ada beberapa sebab mengapa susu perlu dijadikan minuman harian, antaranya:

1. Ia membekalka­n kalsium yang penting untuk semua peringkat umur, membina jisim tulang dan menguatkan tulang.

2. Menghidrat­kan badan kerana 95 peratus kandungan susu adalah air.

3. Membekalka­n vitamin penting untuk memperbaik­i fungsi badan.

4. Mengurangk­an masalah keasidan dalam badan.

5. Susu adalah antara makanan ‘lengkap’ kerana mengandung­i vitamin, mineral, protein dan lemak yang membekalka­n tenaga.

6. Mencantikk­an kulit kerana kandungan asid laktik dan asid amino dalam susu membantu melembutka­n kulit.

7. Memperbaik­i gaya hidup dengan memasukkan susu ke dalam amalan pemakanan sihat.

8. Khasiat dalam susu termasuk protein boleh membantu meningkatk­an daya ketahanan badan.

9. Mengurangk­an risiko obesiti kerana susu boleh membuatkan kita berasa cepat kenyang.

10. Pilihan terbaik bagi individu yang mahu kurangkan berat badan kerana susu mengandung­i kurang kalori tetapi banyak nutrisi.

 ??  ?? BUBUR JAGUNG KURMA
periuk. Panaskan
Apabila mendidih, masukkan jagung bersama sedikit air rebusan jagung. Masak selama lima minit dan masukkan secubit garam
Sajian boleh dinikmati panas atau sejuk.
Nilai kalori 286 kkal
BUBUR JAGUNG KURMA periuk. Panaskan Apabila mendidih, masukkan jagung bersama sedikit air rebusan jagung. Masak selama lima minit dan masukkan secubit garam Sajian boleh dinikmati panas atau sejuk. Nilai kalori 286 kkal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia